Kuasa pilih PM atas budi bicara Agong, Zahid ulas siapa bakal PM

November 7, 2022 · Politik

Kuasa memilih untuk mana-mana individu menjadi Perdana Menteri (PM) terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata isu berhubung siapa yang akan menjadi PM Ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan hanya terletak kepada mana-mana parti politik kerana ia juga bergantung kepada budi bicara Agong yang dirasainya mempunyai majoriti untuk dilantik bagi jawatan penting tersebut.

“Saya bukan Perdana Menteri buat masa ini, walaupun saya (kini) Presiden UMNO dan pengerusi BN (Barisan Nasional). Jadi dalam keadaan ini, sudah beberapa lama kita diterajui oleh seorang Perdana Menteri dari UMNO.

“Jadi isu ini tidak harus dibincangkan kerana proses memilih Perdana Menteri bukan sahaja terletak di tangan mana-mana parti politik tetapi juga Agong.

“Kita mesti menghormati budi bicara mutlak Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 43,” katanya dipetik laporan MalayMail semasa sidang media di Bagan Datuk hari ini.

Bagaimanapun, Zahid berkata sama ada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal menjadi PM atau tidak bukan isu memandangkan posternya digunakan sebagai bahan kempen utama pada PRU-15 kali ini.

“Kita boleh lihat poster dan papan iklan beliau (Ismail Sabri) di mana-mana termasuk di Bagan Datuk,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zahid juga tidak menolak kemungkinan kerjasama antara BN dan pemimpin atau gabungan politik lain, demi memastikan kestabilan selepas PRU-15.

Pengerusi BN itu berkata, kemungkinan kerjasama yang akan hanya diputuskan selepas PRU15 nanti tidak hanya berkisar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata, sebaliknya bersama pemimpin politik lain.

“Kenapa kami hanya perlu bekerjasama dengan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja? Kita juga boleh bekerjasama dengan pemimpin politik lain.

“Saya berpandangan biarkan kami melintas jambatan terlebih dahulu pada 19 November nanti dan kita akan membincangkan hal itu kemudian, sama ada kita akan membentuk kerajaan kami sendiri atau kami kena bekerjasama dengan gabungan parti lain,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan BN bakal bekerjasama dengan Anwar yang juga Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk sebuah kerajaan selepas PRU-15.

Terdahulu, tular di media sosial poster memaparkan gabungan wajah Zahid dan Anwar yang menggelarkan kerjasama itu sebagai jajaran baharu politik negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok