Ku Li mohon Raja-Raja Melayu main peranan Perlembagaan

June 16, 2021 · Politik

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah memohon Raja-Raja Melayu memainkan peranan keperlembagaan yang dianggap penting ketika negara berada dalam keadaan genting ketika ini.

Ahli Parlimen Gua Musang yang mesra disapa Ku Li itu berkata, peranan ini timbul selaras dengan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan sumpah jawatan itu.

“Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa demi memimpin kerajaan yang mampu membantu kita mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang.

“Sekarang ini kita menghadapi krisis bertubi-tubi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sistem ekonomi kita merudum. Di samping itu, kita mengalami krisis berkaitan dengan keperluan asas seperti bekalan makanan, keadaann kesihatan dan isu keselamatan.

“Kita ada dua pilihan, sama ada hadapinya dan selesai kesemua masalah atau menempuhi kegagalan. Sedia maklum bahawa kepimpinan mempunyai hubung kait rapat dengan kemajuan negara dan kehidupan rakyat yang baik. Lipatan sejarah banyak merakam kegagalan kepimpinan. Kita tidak harus memberi ruang kepada kegagalan,” katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai situasi Dewan Rakyat ketika ini, Ku Li berkata terdapat tiga kekurangan yang berlaku di dalam dewan mulia berkenaan.

“Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh Perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih Perdana Menteri daripada kalangan Wakil Rakyat, iaitu:Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada Wakil Rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya.

Katanya lagi, Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan.

“Juga terdapat ahli-ahli yang tidak menepati peruntukan Perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan. Tidak terdapat peruntukan di dalam pelembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Justeru Ku Li memohon supaya Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan Peranan Keperlembagaan.

Berita berkaitan
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok