Ku Li kecewa dipermainkan, letak jawatan Penasihat UMNO

September 22, 2021 · Politik

Terlalu kecewa dipermainkan, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li akhirnya membuat keputusan untuk berundur sebagai Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa serta-merta pada Isnin lalu.

Peletakan jawatan pemimpin veteran UMNO tersebut dibuat menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada parti itu bertarikh 20 September dan menjelaskan jawatan yang diberikan kepadanya itu tidak mengikut Perlembagaan parti.

Ahli Parlimen (MP) Gua Musang itu juga menzahirkan kekecewaannya apabila UMNO masih meneruskan kerjasama dengan Bersatu walhal sebelum ini pimpinan tertinggi itu yang terdiri daripada 15 MP menarik sokongan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menjadi punca peletakan jawatan Perdana Menteri itu.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan kita dalam PRU-15 dan akhiri parlimen yang tergantung?

“Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti kita dalam PRU-15 nanti?,” katanya dalam surat kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Ku Li merupakan salah seorang daripada 15 MP yang mengikut pakatan diketuai Zahid sebelum ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Spekulasi mengatakan Ku Li sebenarnya mencalonkan dirinya sebagai PM Kesembilan bagaimanapun tidak mendapat sokongan dan menyaksikan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai pengganti Muhyiddin.

Susulan itu, Ku Li amat kecewa meskipun pada awalnya difahamkan Zahid dan Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk menyokongnya sebagai calon PM tetapi kemudiaan membuat keputusan sebaliknya.

Ku Li juga mempersoalkan langkah UMNO yang mengambil masa untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu walaupun perkara itu sudah diluluskan sebulat suara dalam Perhimpunan Agung parti pada Mac 2020.

“Perhimpunan agung Umno telah meluluskan sebulat suara usul memutuskan sebarang kerjasama dengan parti Bersatu tetapi usul itu telah mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Tetapi bisa usul itu apabila dikuatkuasakan memberi kesan segera dalam mana pimpinan yang tidak mempunyai sokongan sebagaimana dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan pimpinannya terpaksa meletak jawatan tanpa tunggu pengundian menolaknya di Dewan Rakyat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ku Li juga membidas tindakan parti itu yang menyokong Ismail Sabri sebagai PM Kesembilan dan lebih mengecewakan apabila barisan Kabinet yang dilantik mengekalkan muka lama dalam pentadbiran kerajaan terdahulu yang dipimpin Muhyiddin.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang mengganti kerajaan gagal telah direstu oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata oramg ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kalangan kerajaan gagal,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
5 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
5 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
24 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok