Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja

June 1, 2023 · Politik

Ekoran kritikan terhadap Rafizi Ramli semalam, PKR mempertahankan pemimpin nombor dua mereka itu dengan membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai tidak peka.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk R Ramanan mempersoalkan tahap pemikiran Puad yang didakwanya tidak peka dengan langkah sedang diambil kerajaan untuk membantu rakyat yang sedang bergelut dengan kedudukan ekonomi dan kewangan ketika ini.

“Saya juga ingin mempersoal tahap pemikiran Puad bila beliau bertanya mengenai ketiadaan dasar yang lebih baik berbanding Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), adakah beliau maksudkan BR1M adalah dasar terbaik yang pernah ada?

“Jika ini tahap pemikiran Puad, saya ingin nyatakan BR1M bukanlah dasar terbaik kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Jika ini tahap pemikiran Puad, saya ingin nyatakan BR1M bukanlah dasar terbaik kerana ia tidak dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Puad yang tidak nampak langkah signifikan untuk ekonomi negara dari Menteri Ekonomi, Rafizi.

Puad juga mempersoal ketiadaan dasar yang lebih baik berbanding BR1M.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, banyak Inisiatif diperkenalkan Kementerian Ekonomi seperti pelaksanaan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Katanya,inisiatif serampang dua mata dengan membantu meningkatkan pendapatan usahawan makanan selain rakyat dapat membeli makanan dengan murah sehingga RM2.

“Beberapa peniaga mesin layan diri di bawah IPR menerima pendapatan bulanan melebihi RM2,000 dan ada yang mendapat pendapatan mingguan sehingga RM1,000.

“Ini jelas kejayaan inisiatif di bawah Kementerian Ekonomi dalam membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya

Beliau menjelaskan program INSAN juga akan diperluas dan begitu juga inisiatif lain di bawah IPR termasuk Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) apabila Rafizi mengumumkan tanah seluas 323 hektar milik kerajaan persekutuan dikenal pasti untuk projek tanaman fertigasi bagi membantu golongan miskin tegar dan kumpulan B40.

“Daripada kerajaan terus menerus ‘suap’ rakyat seperti apa yang dikatakan Puad sebagai ‘dasar terbaik’, adalah lebih baik kerajaan bantu meningkatkan ekonomi rakyat untuk jangka masa panjang.

“Saya faham beliau mengharapkan sesuatu yang besar namun saya yakin beliau sendiri tidak tahu apa perlu dilakukan kerana tidak ada inisiatif yang menjadi ‘wow factor’ dalam Kementerian Ekonomi melainkan perkembangan positif ekonomi secara berperingkat dan memerlukan masa,” katanya

Ramanan juga menasihatkan Mohd Puad agar tidak terlalu gopoh dalam mengeluarkan kenyataan.

“Beliau seharusnya selidik dan membantu kerajaan menerangkan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk IPR di bawah Kementerian Ekonomi.

“Puad juga cuba melakukan provokasi dengan menyatakan “Rafizi turun, ringgit naik.” Saya yakin Mohd Puad tahu penyusutan nilai ringgit sejak Februari 2023 adalah rentetan daripada pelbagai krisis yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan keadaan itu berada di luar kawalan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, sebagai salah seorang pemimpin parti politik dalam Kerajaan Perpaduan, Puad seharusnya membantu menerangkan kepada rakyat bukannya mencari populariti dengan cuba menimbulkan keraguan serta menyampaikan perkara yang tidak benar.

“Ada lagi cara lain yang lebih baik untuk beliau mencari populariti,” katanya

Berita berkaitan
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
14 minit lalu· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
42 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
11 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
20 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok