Kritik PM selepas kes Najib, UMNO perlu ambil tindakan terhadap Lokman dan Puad

August 26, 2022 · Politik

Selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman, dua individu dalam UMNO kini lantang mengkritik dan membidas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka.

Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Puad Zarkashi menggesa supaya membatalkan keputusan meletak “poster boy” sebelum ini sementara bekas Ahli MT Datuk Lokman Adam pula setiap hari dalam live Facebooknya membidas Naib Presiden UMNO itu kerana tidak menolong dalam kes mahkamah Najib.

Kedua-dua mereka sememangnya dikenali sebagai pengikut setia kepada Najib, malah boleh dikatakan mahu Najib bebas dan diangkat menjadi PM sekali lagi walaupun terpalit dengan kes mahkamah yang bersusun.

Namun, Puad dan Lokman dilihat kebal dalam parti kerana mempunyai perlindungan daripada pihak atasan parti yang menyebabkan tidak boleh disentuh atau dikenakan tindakan disiplin walaupun secara terbuka mengkritik pemimpin atasan parti sendiri.

Bayangkan jika Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi mangsa kritikan pastinya tindakan segera diambil terhadap individu tersebut sehingga sudah ada yang menjadi mangsa digantung dan dipecat keahlian dari parti.

Lokman sendiri sebelum dipecat parti akibat kecaman tajam kepada Zahid tetapi diterima semula keahliannya selepas parti membuat keputusan menarik balik pemecatan.

Tetapi kedua-dua mereka ini nampaknya masih kebal walaupun bertalu-talu membalun Ismail Sabri hanya kerana ketegasan tidak mahu mencampuri kes mahkamah, malah sampai dilihat biadab dengan pelbagai kecaman dilontar kepada Ismail Sabri.

Seperti biasa, tiada tindakan dari parti tersebut terhadap mereka berdua.

Adakah adil sebegini apabila hanya mereka yang mengkritik Presiden sahaja diancam dengan tindakan disiplin?

Sementara itu, seorang pemerhati politik, Datuk Saiful Bahar Mohd. Arshad menyifatkan tindakan kedua-dua mereka itu sudah melanggar disiplin parti.

“Menghairankan sekali apabila seorang Ahli MT UMNO tidak menghormati malah menyanggah keputusan yang dibuat oleh partinya sendiri.

“Seharusnya jika seseorang Ahli MT mahu menukar resolusi ataupun dasar parti, ia mesti dibuat mengikut saluran sama ada dalam mesyuarat MT ataupun Perhimpunan Agung UMNO.

“Tidak menghormati malah menyanggah keputusan yang dibuat oleh parti, apa lagi mengecam pemimpin secara terbuka adalah satu pelanggaran disiplin yang serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menggariskan berhubung Perlembagaan UMNO, semua ahli hendaklah cintakan parti dan tidak mengkritik pemimpin scara terbuka:

a. Patuh kepada perlembagaan ini dan tata etika ahli.

b. Mengikut perintah-perintah parti.

c. Menjalankan dasar-dasar parti.

d. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti.

e. Menjaga rahsia-rahsia parti.

f. Memelihara nama baik dan maruah parti.

g. Sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

Beliau juga memuji pendirian Ismail Sabri yang tidak mencampuri urusan kehakiman dan membuktikannya menghormati kedaulatan undang-undang negara.

“Sebagai orang parti, Ismail Sabri pastinya mengingati jasa bakti Najib sebagai bekas ketua kerajaan dan bekas Presiden UMNO tetapi sebagai ketua kerajaan, beliau tidak boleh mencampuri keputusan mahkamah.

“Tindakan tidak mencampuri keputusan mahkamah bukanlah satu liabiliti tetapi adalah tindakan terpuji yang bertepatan dengan amalan demokrasi. Malah prinsip Rukun Negara juga jelas menyebut mengenai kewajiban semua pihak mematuhi kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

Selain itu, Saiful Bahar juga berkata UMNO tidak boleh berat sebelah dalam mengambil tindakan terhadap Puad dan Lokman.

“Sehubungan itu, UMNO tidak boleh bersikap dwistandard dalam soal disiplin pemimpin dan ahlinya.

“Jika sebelum ini Lokman dipecat kerana mengecam dan membuat pelbagai tuduhan ke atas Zahid, maka tindakan disiplin juga perlu diambil terhadap Puad dan Lokman yang menyanggah keputusan parti serta mengecam dan membuat pelbagai tuduhan ke atas Ismail Sabri,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
17 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
4 jam lalu· Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
4 jam lalu· Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
6 jam lalu· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kenapa DAP minta maaf kepada GPS boleh, tapi UMNO tak boleh? soal Akmal
6 jam lalu · Politik
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
8 jam lalu · Politik
Puteri dan Wanita UMNO jemput pemimpin DAP, Pemuda kekal pendirian
8 jam lalu · Politik
Akta Hasutan: Kertas siasatan dua pemimpin PN diserah kepada AGC
8 jam lalu · Politik
Saya tidak pernah desak pinda perlembagaan, kata Sanusi
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok