Krisis Melaka: PN miliki kekuatan, PAS tubuh jawatankuasa PRN

October 9, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Melaka mempunyai kekuatan tersendiri, tanpa kerjasama UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya diadakan.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata gabungan PN terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan mampu membentu kekuatan sendiri.

“PN menghormati pendirian Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bekerjasama dengan kita,” katanya kepada media di Jasin, hari ini.

Sebelum ini, Rafiq berkata PN Melaka sedia berunding dengan UMNO bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, namun Zahid dilapor berkata UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

Sementara itu, Rafiq berkata PN akan akur dengan keputusan sama ada PRN dilaksanakan atau tidak kerana pastinya pihak terlibat telah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan rakyat ketika pandemik Covid-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada Isnin lepas daripada Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setelah kerajaan negeri dipimpin UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.

Sementara itu, komponen PN, PAS telah menubuhkan jawatankuasa induk PRN Melaka dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi merangka strategi pilihan raya.

Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata, jawatankuasa itu akan dibantu Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat serta Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.

“Tentang jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS pula, ia sedang dibincangkan dengan lain parti agar kita menghadapi PRN Melaka secara bersama,” katanya, hari ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok