Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi

March 30, 2023 · Politik

Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengakui berasa sedih untuk meninggalkan kakitangan yang telah berkhidmat dengan cukup baik sepanjang beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka sejak Mac 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu yang melepaskan jawatan Ketua Menteri berkuat kuasa esok turut meminta semua kakitangan pejabatnya di Seri Negeri terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggantinya.

Sulaiman meminta supaya prestasi perkhidmatan kakitangan dikekalkan untuk Ketua Menteri baharu, sama seperti yang diberikan kepada dirinya.

Beliau juga mengakui tidak berasa sedih untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka itu.

“Saya tidak sedih untuk meninggalkan jawatan ini (Ketua Menteri), saya tidak sedih untuk meninggalkan kerusi yang empuk di tingkat empat Seri Negeri ini, tetapi saya sedih untuk meninggalkan semua kakitangan saya yang baik, cemerlang dalam perkhidmatan serta sentiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

“Saya tidak mampu lagi memperoleh staf seperti ini dan sudah pasti jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan,” katanya yang turut menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas ada hari terakhir memasuki pejabatnya, hari ini.

Video ucapan Sulaiman yang dilihat mengesat air mata turut tular di media sosial.

Pertemuan turut membabitkan kira-kira 50 kakitangan Pejabat Ketua Menteri Melaka, termasuk pegawai kanan, staf sokongan, kerani, pembantu tadbir, pekerja am serta pengawal keselamatan.

Pada masa sama, Sulaiman turut mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada semua kakitangan di pejabatnya.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua kakitangan pejabat ini yang banyak membantu saya dan memberikan perkhidmatan sangat cemerlang sepanjang saya berada di sini.

“Sama-sama kita berdoa semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua,” katanya.

Sulaiman, 58, pertama kali diangkat menjadi Ketua Menteri Melaka pada bulan Mac 2020 selepas Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau kemudiannya dilantik semula selepas BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November 2021.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa parti itu sudah pun mencadangkan ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Zahid memberitahu, Sulaiman meletakkan jawatan disebabkan masalah kesihatan.

Menurut Zahid, UMNO sudah pun mengutuskan warkah kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam berhubung peletakan jawatan Sulaiman.

Berita berkaitan
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
NGO serah bukti skandal seks Exco Melaka, gesa siasatan segera
May 10, 2023· Politik
Bila PRN baharu bincang kedudukan Ketua Menteri P. Pinang: DAP
May 7, 2023· Politik
Guan Eng tak boleh jadi KM P.Pinang semula kata Kon Yeow
May 5, 2023· Politik
Popular
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
8 jam lalu · Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
9 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
11 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
14 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok