Krisis ‘dua presiden’, Larry atau Zuraida beri watikah calon PBM?

October 27, 2022 · Politik

Ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin hampir – 5 November 2022 – Parti Bangsa Malaysia (PBM) bakal mengadakan mesyuarat khas majlis tertingginya bagi merungkai krisis ‘dua presiden’.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PBM Haniza Mohamed Talha hari ini menggesa Datuk Larry Sng yang mendakwa masih menjadi presiden parti, menghadiri mesyuarat majlis tertinggi parti pada 3 November untuk menjelaskan pertikaian dengan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Haniza menegaskan bahawa mesyuarat yang akan datang adalah sah – walaupun Sng tidak memulakannya – kerana perlembagaan PBM membenarkan ia diadakan, jika sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli majlis tertinggi memilih bersetuju.

“Ini penting bagi menjawab persoalan dan tanda tanya yang dibangkitkan mengenai kedudukan Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden PBM yang sah, sepertimana yang telah diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Oktober 2022 dan telah diperakui dalam minit mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Ke-6 lalu.

Panggilan untuk mengadakan mesyuarat ini adalah termaktub di dalam Fasal 21 (1) Perlembagaan Parti Bangsa Malaysia yang membolehkan Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga 1/3 daripada jumlah keseluruhan ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia untuk diadakan satu mesyuarat bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.

Semalam, Larry menegaskan beliau masih presiden parti yang sah dan tidak pernah meletak jawatan, walaupun sebelum ini parti telah mengumumkan Zuraida sebagai presiden.

Hari ini, Lari mengumumkan bahawa beliau telah menggantung Setiausaha Agung Nor Hizwan Ahmad dan Ketua Penerangan Zakaria Abdul Hamid kerana mengumumkan Zuraida sebagai presiden parti yang baharu.

Larry berkata, mesyuarat di mana Zuraida kononnya dilantik sebagai presiden parti itu tidak diadakan mengikut arahannya dan diadakan serentak dengan pengumuman Bajet 2023 di Parlimen.

Menurutnya beliau dimaklumkan mengenai keputusan mesyuarat itu selepas ia selesai, sambil menambah bahawa beliau masih presiden parti mengikut rekod Pendaftar Pertubuhan.

Kemudian, dalam catatan kemudiannya, Sng berkata bahawa beliau akan memanggil mesyuarat majlis tertinggi “dalam minggu-minggu akan datang” kerana pada masa ini lebih penting untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum dan bahawa memanggil mesyuarat majlis tertinggi adalah hak prerogatifnya.

Krisis kepimpinan dalam parti yang bermula di Sabah dan Sarawak itu juga bakal menyebabkan calon mereka berdepan masalah kerana tidak pasti sama ada Larry atau Zuraida yang sepatutnya mengeluarkan watikah pencalonan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
39 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
50 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
11 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
7 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok