KPI 100 hari PM untuk Keluarga UMNO atau Keluarga Malaysia?

October 16, 2021 · Politik

Beberapa berita gembira kebelakangan ini nampaknya lebih memihak pemimpin UMNO berbanding memberikan kegembiraan kepada rakyat apabila masih tidak nampak bayang bantuan-bantuan baharu akan diberikan kepada orang ramai.

Perkembangan kes melibatkan kluster mahkamah dalam UMNO tidak disenangi rakyat, sehingga ada yang sudah mempersoalkan sama ada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini lebih mementingkan Keluarga UMNO berbanding Keluarga Malaysia yang dilaungkannya sebelum ini.

Ismail Sabri meletakkan 100 hari sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) kepada barisan Kabinetnya, nampaknya beliau kini terlebih mencapai sasaran yang ditetapkan tersebut apabila beberapa pemimpin kanan UMNO seorang demi seorang mendapat kelonggaran atau manfaat yang lebih.

Atau adakah beliau kini ditekan kiri dan kanan oleh mereka yang dilabel sebagai Kluster Mahkamah?

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan kini sudah bebas daripada pertuduhan mahkamahnya selepas membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta dan dengan bangganya mengumumkan dirinya kini sudah suci serta bukan lagi berada dalam Kluster Mahkamah.

Terbaharu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sudah berjaya mendapatkan semula pasportnya untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya dan disusuli pula isteri bekas PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut berjaya mendapatkan semula pasportnya untuk menemani anaknya bersalin di Singapura.

Kemudiaan, suami Rosmah, Datuk Seri Najib Razak juga pada masa sama sudah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan kembali pasportnya.

Yang menjadi musykil, secara tiba-tiba kesemua mereka yang berada dalam Kluster Mahkamah kini serentak mendapat pasport semula selepas PM baharu yang diterajui UMNO mengambil alih kerajaan pusat.

Tidak pasti adakah semua rentetan keputusan pemulangan pasport ini secara kebetulan atau sememangnya sudah ada rundingan disebalik tabir yang tidak diketahui oleh rakyat?

Bagaimanapun, kritikan rakyat kini terhadap Ismail Sabri adakah Keluarga UMNO yang menjadi keutamaannya untuk mengekalkan sokongan menjadi PM Kesembilan atau Keluarga Malaysia yang sepatutnya beliau lebih beri keutamaan?

Namun, terserlah kelemahan Ismail Sabri dalam pentadbirannya apabila gagal meredakan suhu politik dan mengawal UMNO yang semakin saban hari dahagakan kuasa sejak berjaya mengambil alih Putrajaya.

Kemelut politik di Melaka mencerminkan kegagalan Ismail Sabri untuk mengelakkan negara sekali lagi berdepan krisis politik, sudahlah sebelum ini pertukaran PM juga dicetuskan oleh kumpulan 15 Ahli Parlimen diketuai Zahid kini kejatuhan kerajaan Melaka yang dipimpin UMNO juga berpunca daripada pemimpin mereka sendiri.

Krisis Melaka sangat memalukan UMNO apabila mereka berebut kuasa sesama sendiri sehingga mengakibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan.

Adakah krisis Melaka ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada KPI pentadbiran Ismail Sabri? Jika ia dijadikan kayu pengukur, awal-awal lagi terserlah kegagalan kerajaan pimpinan Ismail Sabri yang gagal sama sekali mengukuhkan kedudukan parti itu semula.

Sudahlah UMNO sebelum ini berpecah kepada dua kem, satu kem menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu lagi kem pula menyokong Zahid.

Nampaknya perpecahan dalaman UMNO sudah merebak sehingga ke negeri-negeri lain dan Melaka menjadi lokasi pertama. Khabar angin mengatakan terdapat beberapa negeri lagi yang bakal berdepan situasi sama di Melaka, ia hanya menunggu masa sahaja untuk runtuh.

Namun, tidak dinafikan aura Zahid nampaknya lebih berkuasa dan berpengaruh, mana tidaknya, senario sama dicetuskan beliau di peringkat pusat kini sudah diikuti oleh pemimpin UMNO di negeri-negeri. Ternyata anak murid Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih berbisa.

Lebih jelas lagi, Ismail Sabri kini seakan PM yang tidak mempunyai pengaruh dan sekadar menjadi pak turut kepada Presiden UMNO, semua perkara mahu dituruti walaupun ia sepatutnya tidak wajar berlaku.

Sebagai contoh di Melaka, Ismail Sabri seakan terpaksa tunduk dengan kehendak Zahid yang mahu PRN diadakan walaupun langkah tersebut pastinya akan mengakibatkan rakyat lebih membenci UMNO yang tidak habis-habis mencetuskan huru-hara politik di Malaysia.

Tiada pilihan untuk Ismail Sabri selain patuh kepada Zahid yang merupakan Presiden parti, namun kehebatan Zahid pastinya didambakan ahli-ahli UMNO untuk membawa kemenangan besar kepada parti sama ada dalam PRN mahupun pilihan raya umum nanti.

Bagi menjamin survival dan kemenangan besar UMNO, Zahid perlu dikekalkan sebagai Presiden parti kerana ketokohan dan kegarangannya mampu menyuntik semangat untuk rakyat terus menyokong parti keramat orang Melayu tersebut.

Semestinya, KPI Ismail Sabri kini sudah mencapai tahap terbaik apabila Keluarga UMNO kini sudah mendapat keselesaan, bagi Keluarga Malaysia pula sama-samalah kita nantikan sekiranya terdapat berita baik dalam Belanjawan 2022 nanti.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok