Kos pilihan raya RM1 bilion jika diadakan secara berasingan, kata bekas timbalan SPR

May 6, 2022 · Politik

Sekiranya diadakan secara berasingan pilihan raya umum di peringkat pusat dan negeri, dijangkakan ia akan menyebabkan peningkatan kos dua kali ganda dan boleh naik sehingga RM1 bilion.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat banyak implikasi dan kesan yang perlu diambilkira sebelum membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan antara pusat dan negeri.

Wan Ahmad memberitahu ia akan melibatkan kos kewangan dan tenaga bertambah kerana terpaksa melakukan banyak kali kerja menguruskan proses penamaan, pengundian serta pengiraan kertas undi.

“Kalau pilihan raya asing, SPR kena buat banyak kali kerja. Mula-mula PRU-15 (pilihan raya umum ke-15) untuk memilih Kerajaan Pusat namun tidak lama kemudian PRN (pilihan raya neger). Jadi perkara ini memberikan im­plikasi kewangan amat serius.

“Selain itu, rakyat akan muak untuk keluar mengundi. Sudahlah mereka kena me­ngundi di peringkat Parlimen, namun tidak lama kemudian pilih ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pula,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Untuk rekod, pada PRU-14, SPR membelanjakan RM400 juta dan jumlah itu dijangka bertambah jika ada negeri enggan menyertai Pusat me­ngadakan PRU, di sam­ping kos tambahan pengurusan prosedur operasi standard (SOP) virus Covid-19.

Malah RM420 juta dibelanjakan bagi empat PRN di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor pada 2020 hingga Mac lalu.

Dalam pada itu, Wan Ahmad mengesa pemimpin politik berfikir matang dan mengambil kira keperluan kewangan negara sekiranya mahu mengadakan pilihan raya berasingan antara Pusat dan negeri.

Kata beliau, mereka wajar menyertai langkah Pusat me­ngadakan pilihan raya bersama kerana langkah itu bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan malah tidak membiarkan negara berada dalam keadaan tidak stabil dan rakyat berpolitik sepanjang masa.

“Kalau Pusat bubar Parlimen pada Ogos manakala enam ne­geri pula enggan kerana me­nunggu sehingga Mac dan April 2022 sedangkan jarak tempoh tidak jauh beza. Jadi alang-alang, elok diadakan PRU-15,” katanya.

Spekulasi kuat mengatakan berkemungkinan PRU-15 akan diadakan lebih awal pada tahun ini walaupun tempoh penggal kerajaan sepatutnya berakhir tahun depan.

Bagaimanapun, beberapa kerajaan negeri sudah mengumumkan tidak akan mengikut mengadakan PRN sama sekiranya PRU-15 diadakan lebih awal.

Berita berkaitan
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
9 jam lalu· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
21 jam lalu· Politik
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
June 7, 2023· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
June 7, 2023· Politik
Popular
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
UMNO bukan lagi dominan boleh bertanding semua kerusi: Noraini
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
1 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
2 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
2 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
5 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok