Kos meningkat jika tarikh PRU, PRN berasingan: Mustapa

September 25, 2022 · Politik

Kos mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) akan meningkat dengan ketara sekiranya Pusat dan negeri mengadakannya pada tarikh berasingan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sekiranya berlaku, ia juga dilihat boleh mempengaruhi keputusan orang ramai khususnya pengundi luar, sama ada sanggup atau tidak untuk ‘balik mengundi’ dua kali, bagi menjalankan tanggungjawab mereka.

Ahli Parlimen Jeli itu berkata sekiranya berlaku PRU dan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tarikh berasingan, tumpuan pastinya dilihat akan terarah kepada aspek politik berbanding pemulihan ekonomi.

“Sudah tentu ia akan menyusahkan rakyat, mengganggu pemulihan ekonomi dan kestabilan politik kerana semua pihak mahu berkempen, memasang poster dan berceramah.

“(Sedangkan) Perkara penting ketika ini ialah kita mahu pulihkan ekonomi selepas memerangi pandemik Covid-19 sebelum ini,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM, STPM dan STAM Sekolah dalam Parlimen Jeli di Pejabat Khidmat Dato Pa, Bukit Nangka, di sini hari ini.

Awal minggu ini beberapa media melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri ditadbir parti itu yakni Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya akan dibubarkan sekiranya PRU-15 diadakan tahun hadapan.

Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata PRU-15 akan melibatkan wang pembayar cukai sehingga RM1.1 bilion dalam apa yang boleh menjadi pilihan raya paling mahal di Malaysia setakat ini.

Ia antaranya disebabkan penambahan kira-kira lima juta pengundi baharu ke dalam daftar pemilih akan menjadi pemacu utama lonjakan kos yang menggandakan perbelanjaan untuk pengundian sebelumnya dan apabila peratusan keluar mengundi berada pada rekod tertinggi, lapor.

“Anggaran kos kira-kira RM1.1 bilion. Ini adalah lebih dua kali ganda daripada anggaran RM500 juta yang dibelanjakan untuk PRU-14 pada 2018, dan hampir tiga kali ganda daripada RM400 juta yang dibelanjakan untuk PRU-13,” kata Abdul Ghani.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
November 26, 2022· Politik
Cuaca buruk, proses pengundian digantung di Baram
November 19, 2022· Isu semasa
Calon Perikatan Nasional di DUN Tioman meninggal dunia
November 19, 2022· Politik
Pusat undi di Sepang tenggelam banjir, ditukar lokasi
November 18, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
21 minit lalu · Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu · Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
3 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok