Konvensyen PN esok garis landasan utama parti hadapi PRU-15

August 26, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan menggariskan landasan utama parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dalam konvensyen gabungan itu, esok.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara itu akan menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam Konvensyen PN 2022 yang akan dihadiri oleh presiden parti komponen serta pimpinan PN.

“Konvensyen julung kali ini dan Majlis Sambutan Ulang Tahun akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan masalah rakyat pasca pandemik Covid-19.

“Konvensyen ini juga akan menggariskan landasan utama Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-15. Ia akan dirasmikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ia juga akan menetapkan dasar serta hala tuju parti bagi meningkatkan keyakinan rakyat bahawa Perikatan Nasional adalah parti yang mempunyai tawaran yang harmoni, relevan dan segar sejajar dengan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dijangka seramai 1,800 peserta, termasuk semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN dari seluruh negara akan menghadiri konvensyen itu.

“Pada konvensyen itu juga, Anugerah Prihatin Perikatan Nasional akan disampaikan kepada individu dan organisasi yang sudah menunjukkan keprihatinan, pengorbanan serta sumbangan luar biasa kepada negara dan masyarakat.

“PN percaya bahawa Konvensyen PN 2022 mampu menjadi wadah untuk memperbaharui tekad perjuangan khidmat bakti parti kepada rakyat serta memperkukuhkan kerjasama parti-parti anggota PN secara keseluruhannya,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
23 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok