Konsert Hedonisme: Pemuda PAS akan buat bantahan besar-besaran

August 25, 2022 · Politik

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberi amaran akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara sekiranya Kabinet tidak membatalkan beberapa konsert artis antarabangsa yang bakal diadakan.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari turut mengingatkan bahawa konsert yang bakal diadakan itu tidak sesuai kerana nilai yang dibawa bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan.

Katanya Pemuda PAS berharap anggota Kabinet daripada parti itu akan memainkan peranan memastikan konsert-konsert terbabit dibatalkan.

“Sudah pasti PAS melalui anggota Kabinet akan memainkan peranan untuk memastikan konsert-konsert daripada artis antarabangsa yang dijadualkan dapat dibatalkan kerana ia tidak bersesuaian dengan norma-norma dan nilai hidup umat Islam di Malaysia.

“Bagi pihak Pemuda PAS saya sangat mengharapkan agar kerajaan melalui menteri-menteri berkaitan menimbangkan untuk membatalkan dan menarik semula kebenaran untuk konsert-konsert ini berlangsung.

“Masa yang tidak sesuai, nilai yang dibawa tidak bersesuaian dan bertentangan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan. Pihak kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan tentangan di seluruh negara jika ia tidak diendahkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berharap pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang prihatin dengan isu ini supaya bangkit bersama membantah konsert berkenaan

“Jangan dibiarkan budaya Hedonisme menular dan menjalar ke dalam masyarakat. Mohon gerakkan usaha bantahan ini agar ia sampai ke Seri Perdana Putrajaya.

“Jika ada saudara-saudara seagama yang berperanan sebagai penghalang usaha ini baik dengan tindakan mahupun dengan kata-kata, doakanlah mereka mendapat hidayah,” kata Ahmad Fadhli.

Difahamkan, bantahan itu dibuat susulan konsert satu setengah jam Billie Eilish yang diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 18 Ogos lalu.

Selepas lebih dua tahun, Malaysia melarang sebarang perhimpunan susulan penularan Covid-19, kini negara membuka pintu kepada semua pihak, termasuk bagi mengadakan konsert artis antarabangsa.

Difahamkan, antara konsert yang bakal diadakan termasuk Dewa 19 pada 10 September; Fourtwnty (1 Oktober); Boys Like Girls (15 Oktober); Justin Bieber (25 Oktober); Dalum Scott (27 Oktober); Russ (3 November); LANY (6 November); Boy Pablo (25 November); dan Keshi (2 dan 3 Disember).

Berita berkaitan
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
24 jam lalu· Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
15 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
15 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
21 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
14 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok