Kongres PKR: Air mata Kak Zizah tumpah kerana musuh dalam selimut

July 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menangis ketika menjelaskan kedudukan ‘musuh dalam selimut’ dan ‘api dalam sekam’ di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga boleh menghancurkan parti itu.

Sambil mengelap air mata di pipinya, Pengerusi Lembaga Penasihat PKR itu mengakui lebih rela melihat kelompok sebegitu meninggalkan parti daripada terus kekal di dalam dan terus merosakkan parti.

Beliau mengingatkan insiden bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan parti itu, disertai beberapa pimpinan lain sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Ini parti kita (dan) kalau nak pergi, pergilah… jangan jadi ‘musuh dalam selimut’ dan jangan jadi ‘api dalam sekam’. Jadi, jangan hancurkan apa yang kita sama-sama bina.

“Saya menganggap saudara dan saudari yang masih kekal dan setia dengan prinsip serta asas parti ini adalah orang yang memiliki kebesaran jiwa yang luar biasa serta golongan terpilih yang masih istiqamah menjunjung ruh reformasi dan karamah insaniah,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR Ke-16 di Dewan IDCC, di Shah Alam, sebentar tadi.

Perasmian itu disiarkan secara langsung dalam Facebook PKR hari ini.

Pada masa sama Wan Azizah mengingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang menjadi api dalam sekam sehingga menghancurkan penyatuan yang telah dibina parti berkenaan.

“Saya biasa kalah tetapi tak bermaksud saya memusuhi (lawan). Semua ahli keluarga. Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita,” kata isteri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ia bukan perkara baharu dalam sesebuah pertubuhan namun menjadi ujian untuk ditempuhi setiap ahli berhubung tahap nilai kesetiaan masing-masing.

“Dalam tempoh 23 tahun ini tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kita pada parti telah tergugat. Dengan pelbagai mihnah, tohmah, kemelut, perpecahan dan tiada disiplin pada keputusan. Cukup rencam serta memberi kesan kepada kestabilan organisasi.

“Tapi ini bukan baharu. Timbalan pertama pun tinggalkan kita, jangan lupa.

Mengakui sepanjang tempoh 23 tahun ini, tidak sedikit daya juang dan kesetiaan kepada parti digugat dengan pelbagai mehnah, tohmah dan kemelut perpecahan, malah tiada disiplin kepada keputusan, cukup rencam serta memberikan kesan kepada kestabilan organisasi.

Lantas, katanya semua senario itu menjadikan kongres kali ini cukup penting dalam jejak perjalanan perwakilan sebagai pendukung parti.

“Kita telah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen dan membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.

“Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa, tetapi kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab akhlak dan kesopanan, nilai integriti dan maruah,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid bebas kes rasuah, ini jawapan balas Saifuddin Nasution
September 4, 2023· Politik
MP PKR kata rakyat sokong PN kerana ketidakadilan kerajaan campuran
August 20, 2023· Politik
PMX kata hantar wanita sahaja lawan Azmin: Laporan
August 7, 2023· Politik
Modus operandi Langkah Kajang, guling Sanusi hampir serupa : Faekah
August 7, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
6 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
6 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
6 jam lalu · Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok