Komunisme masih ada dalam politik Malaysia: Ketua Armada Bersatu

March 17, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) percaya saki-baki unsur-unsur komunisme masih ada dalam politik Malaysia, tetapi gerakannya dilakukan secara halus.

Ketua Portfolio Kementerian Luar Negeri Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata ini termasuk gerakan subversif “regime change” bertopengkan promosi demokrasi.

Mereka ini katanya mendapat dana pihak asing dari luar untuk mengubah landskap politik Malaysia yang menjadi ancaman ke atas kedaulatan Melayu dan Islam.

Sebab itu, katanya apabila Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bertegas menentang unsur-unsur komunisme dalam politik Malaysia, ia merujuk kepada sejarah keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) yang bercita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara republik – menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Machang itu yakin rakyat bijak menilai perkara ini dari neraca akademik dan kaca mata geopolitik antarabangsa.

“Saki-baki unsur ini masih ada dalam politik negara cuma mereka bergerak secara halus. Hal ini kami di Perikatan Nasional akan terus tentang habis-habisan.

“Ini, termasuk gerakan subversif “regime change” bertopengkan mempromosi demokrasi yang didanai pihak asing dari luar untuk mengubah politik Malaysia yang menjadi ancaman ke atas kedaulatan Melayu dan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini (17 Mac 2023).

Kelmarin, Wan Ahmad Fayhsal mewakili parti Bersatu menghadiri perjumpaan tertinggi parti-parti sedunia bersama Parti Komunis China (CCP) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CCCP), Xi Jinping, secara atas talian.

Antara pemimpin politik utama dunia yang hadir dan berucap ialah Cyril Ramaphosa (Presiden – African National Congress) dan Nicolás Maduro (Presiden – United Socialist Party of Venezuela).

Dalam pertemuan itu Kerajaan China menzahirkan keinginan untuk memperkukuhkan hubungan antara setiap negara yang terlibat.

“Menariknya, Malaysia dilihat sebagai antara negara utama untuk turut berada dalam inisiatif ini atas dasar memperkukuh hubungan baik antara Malaysia dan China yang dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia,” kata Ketua Armada Bersatu itu.

Bagaimanapun, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan berkawan dengan China bukan bermaksud kita menerima fahaman komunisme.

“Berkawan dengan Iran bukan bermaksud kita menerima fahaman Syiah, dan berkawan dengan Amerika Syarikat bukan bermaksud kita mengiktiraf salah dan silap mereka pada dunia Islam,” katanya.

Berita berkaitan
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Lantik ahli politik dalam GLC, Bersih bidas Anwar cakap tak serupa bikin
March 13, 2023· Uncategorized
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Bursa Malaysia jatuh menghampiri paras terendah tiga tahun lalu
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok