KM Sabah tak minat tanding Parlimen

October 13, 2022 · Politik

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan beliau tidak akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya walaupun ada permintaan untuk beliau bertanding di kerusi Parlimen Tuaran – kubu kuatnya – beliau tidak berminat untuk menjadi calon Parlimen.

“Saya tidak berminat,” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran di Tuaran, hari ini.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah sebelum ini antara yang disebut-sebut bakal menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jika gabungan itu bertanding di kerusi Parlimen Tuaran.

Tuaran adalah kubu kuat Hajiji, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, yang disandangnya sejak 1990.

Sementara itu, Hajiji, yang juga Pengerusi GRS berkata, gabungan berkemungkinan besar akan meletakkan calon di Parlimen Tuaran pada PRU-15.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS, malam ini sebelum dibawa ke perbincangan bersama Barisan Nasional (BN) selepas itu.

“Secara ‘bisik-bisik’ sebelum ini memang ‘okay’ tapi kita kena secara rasmi nanti. Biarlah rasmi (bertanding) apabila sampai masanya,” katanya.

Pada PRU-15 ini, GRS yang merangkumi Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) bekerjasama dengan BN dari segi agihan kerusi bagi mengelak pertembungan.

Bagaimanapun, setakat ini, rundingan agihan kerusi antara kedua-dua pihak belum dimuktamadkan sepenuhnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
55 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok