Kluster mahkamah, bekas banduan jadi PM? Soal Muhyiddin jawab Zahid

November 11, 2022 · Politik

Selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa langkah Perikatan Nasional menamakan semula Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri (PM) seperti `mimpi di siang hari’, bekas PM kelapan itu memberi jawapan balas.

“Ini nak membentuk kerajaan, rakyat nak tahu, kalau bakal Perdana Menteri terdiri daripada kluster mahkamah atau bekas banduan, adakah rakyat nak pilih?

“Atau pun rakyat fikir abah bagus,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk Parit Raja di Pagoh, hari ini (11 November 2022).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa langkah PN menamakan semula Muhyiddin sebagai bakal Perdana Menteri seperti `mimpi di siang hari’.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata pencalonannya sebagai bakal PM jika gabungan itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan ibarat `mimpi di siang hari’.

Menurutnya pemilihannya dibuat oleh pimpinan gabungan itu kerana rakyat mahu tahu siapa yang bakal menjadi PM.

“Tak ada mimpi siang, mimpi malam, tetapi kita realistik, bukan cakap omong kosong, ada asas dan ini keputusan yang dibuat oleh pimpinan PN untuk menamakan siapa bakal Perdana Menteri,” katanya.

Muhyiddin yang mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU-15 ini berkata, PN amat jelas dalam soal pemilihan bakal PM kerana rakyat mahu pemimpin yang telus demi masa depan negara.

“Ini bukan soal mimpi siang hari, ini siang waktu pilihan raya rakyat nak tahu jelas, telus, jangan menyorok di belakang. Dia (Ahmad Zahid) kata nak jadi kerajaan, tetapi lepas itu nak bersekongkol dengan pihak lain, nak menamakan orang lain jadi PM,” katanya.

Zahid adalah Presiden UMNO dan Pengerusi BN pertama yang tidak menjadi PM sejak negara merdeka. Dia kini berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk mengambil rasuah bernilai berjuta-juta ringgit.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
1 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok