Klip ucapan viral, Muhyiddin kata ucapannya diambil luar konteks

November 18, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya yang diviralkan di media sosial hingga mencetuskan kritikan pihak tertentu itu diambil di luar konteks.

Menurutnya, klip ucapannya itu disebarkan pihak lawan bertujuan mencalarkan imejnya.

“Saya merujuk kepada klip video yang tersebar di TikTok yang telah edit ucapan saya di Johor beberapa hari lalu. Kenyataan saya diambil di luar konteks dan disebarkan pihak lawan untuk mencalarkan imej saya dan mencipta naratif yang salah.

“Ucapan saya kira-kira 55 minit. Klip yang tersebar di TikTok dan media sosial hanya 1 minit 35 saat dari seluruh ucapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam ucapan itu beliau mencadangkan pelaksanaan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama bagi memastikan tiada kaum yang ketinggalan.

“Saya secara spesifik dan secara tidak berbelah bahagi bercakap tentang keperluan kestabilan politik, keperluan mengelakkan rasuah, keperluan untuk DAP untuk menunjukkan kekangan dalam tuntutannya dan menghormati hak semua kaum di Malaysia terutama hak istimewa Melayu dan pemerintah Melayu.

“Sedangkan dalam ucapan itu saya menyebut soal niat Perikatan Nasional untuk melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama supaya tiada kaum yang ketinggalan.

“Saya turut ulangi komitmen PN terhadap keadilan dan kesamarataan. Ucapan saya secara keseluruhannya untuk menggalakkan kestabilan, kedaulatan undang-undang, keadilan kepada semua kaum dan agama serta menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Tegasnya lagi, ucapan yang diviralkan itu merupakan responsnya terhadap klip video yang tersebar pada musim pilihan raya ini di mana ada kumpulan agama asing mendoakan kejatuhan kerajaan ke tangan pembangkang.

Sebelum ini media melaporkan Muhyiddin mengaitkan Pakatan Harapan (PH) dengan kumpulan Yahudi dan Kristian yang cuba mengambil alih Malaysia.

Ketika berucap beliau menyebut, “Wawasan Kemakmuran Bersama, saya nak cadangkan ini menjadi dasar kita. Maknanya, jangan kau makmur, aku miskin. Semua mesti makmur, Melayu, Cina, India mesti kongsi bersama, kemakmuran dalam negara kita ini dikongsi sama-sama dengan kaum dan bangsa yang lain. Boleh tak?”

Dalam ucapan itu beliau merumuskan ucapan Timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Saya fikir bab politik tadi, Tan Sri Tok Guru (Abdul Hadi) sudah sebutkan. Keputusan akhirnya, jangan pilih BN dan jangan langsung sentuh, pangkah PH…bahaya besar. PH bahaya besar.

“Saya tengok video pagi tadi lepas Subuh…seolah-olah ini kumpulan Yahudi yang bercakap soal Malaysia saja. Doa dia…macam-macam cara doa dia nak minta supaya Malaysia jatuh ke tangan pihak pembangkang yang menaja kumpulan Yahudi dan Kristian.

“Bagi saya ini bahaya. Apakah bermakna akan berlaku proses Krsitianisasi? Kita dah dengar cerita ini bukan? Di Kuala Lumpur, di Petaling Jaya, kalau ada gereja hari Ahad, ada juga orang-orang Melayu pergi sana. Rupanya dah masuk Kristian.

“Itu saya tak fikir berkembang dengan pesat sebab sebahagian besar kita adalah orang Islam. Tetapi agenda puak-puak dan kaum-kaum seperti ini tidak lain tidak bukan satu hari, niat mereka adalah untuk mengambil alih Malaysia ini menjadi satu daripada koloni dia. Itu satu daripada strategi jangka waktu panjang. Mungkin kita tidak lihat waktu kita tapi pada waktu yang lama (lebih panjang). Kalau kita tidak berhati-hati dan berjaga-jaga, boleh terjadi,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
21 jam lalu · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
21 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
21 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
21 jam lalu · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok