Klip audio tular, Zahid hanya arah pegawai lapor polis

April 7, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pegawainya supaya membuat laporan polis berhubung satu klip audio tular perbualan antara Presiden UMNO itu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Zahid menafikan suara dalam klip audio tersebut dan mendakwa perbualan dengan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini tidak pernah berlaku.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga melahirkan kekecewaan dan terkejut berhubung penularan audio itu dan mengarahkan pegawainya untuk segera membuat laporan polis bagi mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ itu.

Beliau juga mendakwa tindakan menyebarkan klip audio perbualan berkenaan adalah percaturan politik jahat dan jijik yang membuktikan wujud usaha berterusan untuk melemah dan menghancurkan UMNO.

“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU),” katanya.

Agenda Daily hari ini mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU baru-baru ini.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
14 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok