Klip audio mesra Anwar dan Zahid, Hamzah sindir ‘jangan lah marah’

April 8, 2021 · Politik

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin menyindir dua pemimpin utama UMNO dan PKR yang tular klip audio perbualan mesra semalam supaya bertenang dan tidak melenting dengan menunding jari kepada pihak lain.

Hamzah berkata hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak buahnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang marah selepas penularan klip tersebut, bagaimanapun memberi jaminan pihak Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat ketulenan audio tersebut jika terdapat laporan polis.

“Kalau ceritanya betul… saya dengar juga (audio itu), ceritanya Zahid mengaku bahawa Anwar adalah cikgu, cerita yang betul. Kalau itu (Anwar guru Ahmad Zahid), betul.

“Salah ke Anwar (Ibrahim) jadi cikgu kepada Ahmad Zahid? Yang dua-dua nak marah ni kenapa? Saya pun hairan juga,” katanya semasa sidang media hari ini.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata tidak akan mencampuri urusan dalaman UMNO sekiranya mereka mahu bergabung dan menyerahkan kepada kedua-dua pucuk pimpinan parti itu untuk membuat keputusan.

“Salah ke kalau UMNO nak bekerjasama dengan PKR? Kalau salah terpulang kepada mereka.

“Kalau mereka kata tidak ada, tidak pernah bincang, maknanya tidak benar UMNO nak bersubahat dengan PKR. Tidak ada pun kerjasama,” ujarnya lagi.

Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
21 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Perikatan Nasional umum 23 muka baharu di Kelantan, Menteri Besar pertahan kerusi
July 28, 2023
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok