Klip audio dengan Anwar sebelum ini pun Zahid cakap fitnah

May 15, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini juga pernah mendakwa menjadi mangsa fitnah berhubung klip audio tular dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selebihnya isu tersebut kini menjadi sejarah dan tidak terjawab sehingga sekarang.

Sebelum ini, Presiden UMNO itu bersama Anwar membuat penafian bersungguh-sungguh kononnya klip audio tersebut adalah komplot politik jahat untuk menyerang mereka berdua.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat perbualan seperti dalam klip audio dan ingin menegaskan bahawa tidak ada perbualan antara saya dan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” kata Zahid dalam kenyataan pada April lalu selepas tular klip audio tersebut.

Zahid beranggapan penafian tersebut akan meredakan krisis dalaman UMNO, sebaliknya majoriti pemimpin parti sudah meragui akan kredibiliti Presiden mereka itu dan merasakan tertipu dengan mainan politik yang dicatur bersama dengan Ketua Pembangkang.

Anwar walaupun tidak membuat pengakuan secara langsung berhubung klip audio tersebut bagaimanapun mempertahankan perbualan telefon dengan Zahid itu bukan menjadi satu kesalahan besar.

Malahan, Anwar semasa diwawancara Prof Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berhubung isu audio tersebut secara terbuka mempertahankan klip audio bersama Zahid itu dengan berkata:

“Kalau betul.. kalau betul.. apa masalahnya? Ada khianat di situ? Ada rasuah di situ? Ada kesalahan jenayah? Tidak ada.”

Semalam, Agenda Daily hanya sekadar melaporkan satu tangkap layar yang tular di media sosial berhubung kononnya wujud arahan daripada Zahid yang mengarahkan supaya pimpinan UMNO untuk turut menjemput wakil DAP dalam setiap program anjuran parti itu.

Tangkap layar itu tular susulan langkah Ketua Wanita UMNO merangkap Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad yang mengadakan lawatan kerja bersama pemimpin DAP di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 13 Mei baru-baru ini.

Lawatan tersebut bukan fitnah, malah ia dimuat naik sendiri Noraini dalam laman Facebooknya.

Zahid juga sudah membuat penafian dan mendakwa pihak Agenda Daily membuat fitnah jahat terhadap UMNO berhubung isu tersebut dan kami juga melaporkan kenyataan Zahid dalam portal kami sebagai tanda tidak berat sebelah dalam laporan kami.

Agenda Daily tidak mempunyai niat tidak baik terhadap mana-mana individu atau parti politik, kami hanya sekadar melaporkan berita untuk maklumat sampai kepada orang ramai sama juga dalam laporan kami berhubung isu Palestin-Israel sehingga portal kami digodam oleh pihak luar yang tidak berpuas hati dengan laporan kami.

Untuk Zahid mendakwa Agenda Daily mempunyai niat jahat terhadap UMNO adalah sama sekali tidak tepat dan faktanya ia menyeleweng sama sekali.

Agenda Daily juga ingin bertanya kepada Zahid, apa sudah jadi dengan laporan polis yang dikatakan mahu dibuat berhubung dengan klip audio yang tular tersebut?

Pemimpin UMNO lain pun sudah letih menjawab bila ditanya akar umbi berhubung isu klip tersebut, bukan sebab apa, mereka pun tertanya-tanya apa hubungan istimewa Datuk Seri dengan Anwar selama ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
10 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok