KJ terkenang Rembau selepas ‘dibuang’ ke Sungai Buloh

November 19, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Rembau daripada Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin yang ‘dibuang’ ke kerusi bahaya ‘kubu kuat Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Sungai Buloh hari ini (Sabtu, 19 November 2022) membuang undi di Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, di Gadong, Rembau.

Beliau yang memakai baju kemeja putih dan biru itu dilihat hadir seorang diri kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ditemui media kemudian Khairy berkata, meskipun berpindah kerusi selepas menang tiga penggal berturut-turut di kerusi Parlimen Rembau, sokongan penuh tetap diberikan kepada calon BN di Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Dua-dua, insya-Allah saya boleh berkhidmat di Sungai Buloh lepas ini. Banyak sangat momen-momen menyingkap kembali memori yang indah terlalu banyak, tetapi saya tak tinggalkan Rembau, saya masih ahli di sini, jadi insya-Allah kalau dipilih di Sungai Buloh, masih boleh berkhidmat di sini.

“Proses, cuaca tak menentu, kita biasanya petang baru nak hujan, tadi pagi pun dah hujan.. saya harap pengundi keluar awal, saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya menurut Awani.

Di Parlimen Rembau, terdapat seramai 133,555 orang pemilih berdaftar dengan meliputi pengundi Melayu sebanyak 73.62 peratus, india, 15.9 peratus, pengundi cina sebanyak 8.76 peratus.

Pada PRU14 lalu, kerusi Parlimen Rembau dimenangi oleh Khairy dengan majoriti 4,364 undi.

Khairy mendapat sebanyak 36,096 undi menewaskan calon PKR, Roseli Abdul Ghani yang mendapat 31,732 undi manakala calon Pas, Mustafa Dolah memperoleh 6,028 undi.

Sebelum ini, ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan tuduhan bahawa Khairy yang lebih dikenali sebagai KJ merancang untuk ‘menyelesaikan’ Mohamad yang mengambil tempatnya di Parlimen Rembau.

Bagaimanapun, Mohamad atau Tok Mat menolak dakwaan itu sambil menyifatkan perbuatan itu untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.

Mohamad berketa demikian ketika mengulas tangkapan layat skrin yang tular kononnya perbualan antara Khairy dan individu lain.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
PRU-15 : Tol Gombak sesak sampai 17km
November 18, 2022· Isu semasa
Jawatan Presiden UMNO: KJ mahu Ismail Sabri cabar Zahid
November 15, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
6 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
6 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
7 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
7 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
24 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok