KJ kata kawan baik Pak Syeikh adalah Zahid

November 7, 2022 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin mempersoalkan tuduhan Pakatan Harapan (PH) bahawa memberi undi kepada beliau sama dengan memberi undi untuk mengangkat Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menjadi Perdana Menteri (PM).

Dalam ceramah kempennya di Paya Jaras Dalam di Sungai Buloh malam tadi, Menteri Kesihatan itu berkata PH membuat dakwaan tidak benar bahawa Zahid akan menjadi PM, bukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya nak beritahu kepada adik-adik daripada PKR ni… ya… yang kata undi KJ akan dapat Zahid sebagai perdana menteri.

“Siapa kawan baik Zahid ni? KJ ka Anwar? Siapa yang ada rakaman telefon ni dengan Anwar? Saya ka Zahid…

“Jadi fikir-fikirlah. Kalau nak tolak Zahid sangat akhir-akhirnya you punya Pak Syeikh sendiri yang akan ada ‘deal’ dengan Zahid. Apa you nak cakap nanti?,” katanya merujuk Anwar yang sinonim dengan gelaran ‘Pak Syeikh’ dan perbualan telefon antara kedua-duanya ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020, tahun lalu.

Anwar dan Zahid sebelum ini sudah diketahui umum sangat rapat sejak zaman Pemuda UMNO lagi.

Agenda Daily sebelum ini mendedahkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik ketika PAU 2020 pada Mac tahun lalu, tular di media sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Pertengahan bulan lalu pula, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendedahkan beliau menerima maklumat mengatakan kononnya Anwar dan Zahid mengadakan perbincangan sulit berhubung PRU-15 ini.

Menurut Wan Saiful beliau telah diberitahu oleh rakan dalam Pakatan Harapan (PH) bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dan team Anwar berjalan lancar.

Beliau mendakwa agenda perbincangan itu berkisar kepada meminimumkan pertembungan UMNO dan PKR pada PRU-15 dan pembentukan kerajaan gabungan selepas pilihan raya.

Menyusul kemudian, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan satu muslihat antara UMNO serta BN dan PH dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini.

Menurutnya UMNO akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini, sebelum kedua-duanya membentuk kerajaan sekiranya jumlah kerusi dimenangi mencukupi untuk berbuat demikian.

Kedua-dua Zahid dan Anwar kemudian serentak menafikan dakwaan itu.

Namun, Sabtu lalu Zahid Hamidi akhirnya mengakui BN mungkin terpaksa bekerjasama dengan ‘gabungan’ lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas PRU ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok