KJ dilamar Bersatu; Itu hak dia ke mana pun, kata Zahid

May 18, 2023 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak kisah ke mana hala tuju politik bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin selepas dipecat parti itu.

“Itu hak dia untuk ke mana-mana pun. Dia tidak lagi menjadi ahli UMNO,” katanya ringkas pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), hari ini.

Semalam, Khairy ditawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu jika bekas menteri kesihatan tersebut menyertai parti komponen Perikatan Nasional itu.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tawaran itu dibuat kepada Khairy selepas mengambil kira kemampuan bekas ahli Parlimen Rembau itu memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun sehingga kini Khairy masih belum menyatakan arah politiknya selepas dipecat UMNO sejak Januari lalu.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
3 jam lalu· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
11 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
11 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok