KJ bimbang belum ada kawasan setelah Tok Mat minta Rembau

October 14, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin masih lagi berasa bimbang kerana belum mengetahui sama ada akan dicalonkan bertanding atau tidak, atau kawasan yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Kalau saya tahu, tak adalah saya bimbang,” kata Khairy ketika diminta mengulas sama ada beliau sudah mengetahui kerusi mana yang akan ditandinginya pada PRU-15 nanti.

Bagaimanapun, Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kedudukan dirinya dalam PRU-15.

Pada 4 September lalu, Khairy mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada PRU-15 selepas diminta memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang berhasrat bertanding di kerusi itu.

“Saya (baru-baru ini) menerima satu mesej daripada (Timbalan Presiden Umno) Mohamad (Hasan) untuk memberi laluan.

“Saya akan ikut apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tak apa. Saya belum terima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ceroboh kawasan lain.

“Tak apa. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” kata Khairy.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan Khairy dilihat tergolong dalam barisan baharu yang berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan tertinggi UMNO dan langkah beliau harus dicantas terlebih dahulu, kata individu yang rapat dengannya tetapi tidak membenarkan nama disiarkan.

Sumber itu mengimbas sejarah Khairy bertanding Presiden UMNO pada 2018 dan memperoleh 51 undi di belakang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (93 undi), tetapi mendahului veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah (23 undi).

“Dia adalah antara barisan baharu yang masih berusia di bawah 50 tahun dalam UMNO, tetapi telah menunjukkan potensi untuk memimpin negara. Menjadi menteri pada 2013 hingga Barisan Nasional (BN) kalah PRU-14 pada 2018.

“Kerjaya menteri tertenti sekejap apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah Kerajaan Pusat selama 22 bulan. Tetapi sebaik Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara, dia diangkat semula menjadi menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Potensi kepemimpinannya dipercayai oleh parti lain, dan apabila Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, Khairy diberi tanggungjawab besar sebagai Menteri Kesihatan untuk menangani wabak Covid-19 yang melanda negara.

“Pemimpin UMNO yang telah berusia lebih 50, 60 tahun sekarang melihat bahaya potensi Khairy. Apa lagi dengan Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) juga bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

“Jadi suruh Khairy kosongkan kerusi Rembau dan tawarkan di kerusi boleh kalah seperti Seremban… ini rancangan untuk mencantas Khairy,” kata sumber itu lagi ketika diminta mengulas cadangan supaya Ahli Parlimen Rembau itu bertanding di Seremban pada PRU-15 akan datang.

Berita berkaitan
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
3 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu· Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok