Kita tidak ada masalah dengan PM asalkan PRU tahun ini juga: Zahid

September 17, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin.

Presiden UMNO itu berkata mesej yang disampaikan sudah jelas supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini juga dan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti kena cepat mengadakan PRU-15 dan tidak boleh menunggu lama lagi.

“PM (Perdana Menteri), signal loud and clear (terang dan jelas), sekarang sudah tiba masanya.

“Saya dengan PM bersama-sama ‘top five’ sudah bincang beberapa kali, saya nak beritahu PM kena cepat jangan tunggu lagi,” katanya semasa pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini.

Menurut Zahid, mereka tidak boleh menunggu lama lagi kerana pembangkang sedang bekerja keras menabur fitnah dan tohmahan kepada UMNO dan BN.

“Kerana disana penghasut-penghasut (pembangkang) sedang bekerja keras, mereka buat pelbagai fitnah… jangan tunggu kebencian terus menyimbah kita,” katanya lagi.

Zahid juga berharap selepas Ismail Sabri pulang dari menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77 (UNGA) di Newy York nanti dapat mengambil keputusan yang sepatutnya berhubung tarikh untuk mengadakan PRU-15 nanti.

“Beliau (Ismail Sabri) akan ke UNGA, cari lah ilham disana… Selepas balik buat lah apa patut kepada kita semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zahid juga berkata hubungannya dengan Ismail Sabri tidak mempunyai masalah seperti yang didakwa segelintir pihak, namun memberitahunya ia akan bermasalah sekiranya PRU-15 tidak diadakan pada tahun ini juga.

“Kita tidak ada masalah peribadi dengan PM asalkan pilihan raya dibuat tahun ini juga,” katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri dalam ucapannya memberitahu tarikh PRU-15 sudah semakin hampir dan tinggal sedikit lagi hendak diputuskan.

“Bila tarikh PRU-15? Saya dengan Presiden (Zahid) akan putuskan… tapi percaya lah, sikit lagi tidak lama dah,” kata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.

Sebaik ucapan tersebut, hadirin yang hadir di Stadium Titiwangsa bersorak ‘bubar, bubar’ dan Ismail Sabri menenangkan dengan berkata beliau mendengar suara akar umbi.

Jelasnya lagi, keputusan untuk menentukan tarikh PRU-15 akan dibincang dalam kalangan ‘top five’ UMNO yang turut berada dalam program tersebut.

“Lima-lima ‘top five’ UMNO ada disini dan dalam waktu terdekat kita akan jumpa bincang benda (PRU-15) ini,” katanya lagi.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan perbincangan tarikh PRU-15 melibatkan ‘top five’ UMNO akan diadakan pada 30 September.

Ahmad dalam satu kenyataan ringkas memberitahu perbincangan tarikh PRU-15 itu yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan pada 30 September.

Dalam kenyataan sama, perbincangan tarikh PRU-15 itu akan berlangsung semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pada malam sama.

Ahmad berkata tarikh awal mesyuarat itu ditangguhkan kerana Ismail Sabri perlu menghadiri majlis rasmi di Bangi.

Terdahulu, Ismail Sabri telah memaklumkan kepada pemberita mengenai penangguhan itu pada Khamis.

Menurutnya, perjumpaan itu akan dimulakan dengan pertemuan lima pemimpin tertinggi, diikuti biro politik dan seterusnya MKT.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
18 jam lalu· Isu semasa
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
18 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
19 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
2 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023 · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
44 minit lalu
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok