Kita masuk pilihan raya nak menolong rakyat, kata Zafrul

November 4, 2022 · Politik

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan keputusan untuk memasuki pertandingan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini bukan didorong cabaran daripada mana-mana calon parti lain.

Menteri Kewangan kerajaan sementara itu mengulas kenyataan penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini yang berkata keputusannya untuk bertanding semula disebabkan seorang menteri akan bertanding di situ walaupun pada awalnya mengumumkan mahu bersara daripada politik.

“Saya dengan Dr Dzul memang tidak ada masalah, saya memang menghormati beliau dan saya fikir bersedia untuk menghadapi beliau dalam pilihan raya ini.

“Kita masuk dalam pilihan raya ini kerana nak menolong masyarakat bukan hanya kerana seorang individu lain masuk pilihan raya nak bertanding,” katanya semasa sidang media selepas berkunjung ke kampung nelayan di Kuala Selangor.

Terdahulu, Dr Dzulkefly yang juga bekas Menteri Kesihatan itu memberi alasan keputusan untuk bertanding semula disebabkan parti yang memintanya untuk bertanding.

“Saya akan mempertahankan kerusi P096 Kuala Selangor setelah Umno dan Barisan Nasional (BN) tekad menurunkan Tengku Zafrul. Kerana pencabar saya seorang menteri, maka mantan menteri ini turun bertarung.

“Saya kira wajar untuk saya mentaati pimpinan parti dan juga syor dari pengundi-pengundi saya yang memohon supaya saya terus pertahan kerusi ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zafrul mengharapkan semua calon bertanding dapat berkempen secara sihat.

“Kita berkempen secara sihat dengan membantu rakyat, kebajikan dan pembangunan setempat… kita biarlah rakyat yang pilih siapa boleh membantu masyarakat, sesiapun yang menang kita masih perlu membantu rakyat di Kuala Selangor,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
4 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok