‘Kita kalahkan kleptokrasi pada PRU14 dan akan buktikan sekali lagi’

September 10, 2021 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli parti supaya teguh dengan nilai dan prinsip perjuangan Bersatu yang ditubuhkan kerana ingin membebaskan negara daripada cengkaman kleptokrasi.

Presiden Bersatu itu berkata setelah mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, parti itu sekali lagi terpaksa berkorban demi menjaga prinsip dan nilai yang menjadi asas perjuangan Bersatu.

“Kita melakukan perkara yang betul dengan tidak tunduk kepada desakan untuk menggadaikan prinsip walaupun terpaksa hilang kedudukan dan jawatan.

“Melakukan perkara yang betul ini bukan tuntutan politik, tetapi tuntutan agama,” kata bekas Perdana Menteri itu pada sambutan ulang tahun ke-5 Bersatu, malam tadi.

Memetik ayat 62 hingga 64 Surah Yunus, Muhyiddin berharap ahli Bersatu tidak gentar atau kecewa dengan apa yang berlaku kerana pengorbanan yang kecil akan mendapat ganjaran besar daripada Allah SWT.

“Jadi, jangan kita gentar, jangan kita kecewa. Tidak mengapalah kita berkorban sedikit kerana Allah s.w.t menjanjikan kejayaan yang besar bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada-Nya dengan melakukan segala suruhan-Nya.

“Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus ayat 62 hingga 64 yang bermaksud “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa. Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan perjuangan menuntut tanggungjawab, amanah yang berat untuk dipikul dan tugas yang perlu dilaksanakan.

“Kita akan dipersoal oleh Allah SWT jika kita gagal melaksanakan amanah dengan betul. Jadi, betulkanlah niat kita, tetapkanlah hati kita, luruskanlah perjalanan kita, pertautkanlah hati-hati kita, rapatkanlah saf perjuangan kita, bulatkanlah tekad kita untuk melaksanakan amanah yang berat ini.

“Jika kita bersatu, berganding bahu, bergerak seiring dan sederap, insyaAllah amanah yang berat akan menjadi ringan, kerja yang susah akan menjadi mudah,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Menteri dan Timbalan Menteri dari parti Bersatu yang baru dilantik, Muhyiddin menitipkan nasihat supaya mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan cemerlang dan penuh integriti.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai parti kita berdasarkan prestasi anda semua. Saya doakan agar anda semua akan dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan negara serta mengharumkan nama parti kita.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pimpinan dan ahli parti-parti komponen Perikatan Nasional, iaitu PAS, STAR, SAPP dan GERAKAN yang setia bersama kita dalam saf perjuangan ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada pimpinan parti-parti rakan iaitu GPS, MCA, MIC, PBRS dan PBS.

“Saya juga ingin menyeru ahli-ahli BERSATU supaya terus memberi sokongan kepada YAB Perdana Menteri dalam usaha beliau dan barisan Jemaah Menterinya untuk menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi dan memulihkan negara,” katanya.

Ucapan penuh di ruangan Rencana Agenda Daily

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok