Kit Siang mahu PM isytihar tiada PRU sebelum bentang Bajet

September 26, 2022 · Politik

Sebelum bentang Bajet 2023, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengiisytiharkan tiada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan selepas itu.

Gesaan itu disuarakan veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu Perdana Menteri membuat janjinya supaya tidak membubarkan Parlimen walaupun sedang berdepan desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Perdana Menteri Ismail Sabri, perlu mengumumkan selewat-lewatnya hari Khamis, 6 Oktober, bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak akan diadakan pada tahun ini dalam musim tengkujuh dan banjir.

“Jika tidak, tidak akan ada sesiapa pun yang berminat dengan Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober sebaliknya semua tertumpu kepada persoalan bilakah Parlimen akan dibubarkan,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan.

Kit Siang dalam kenyataannya berkata, jika Ismail Sabri tetap mahu membubarkan Parlimen selepas pembentangan Belanjawan maka Yang di-Pertuan Agong mempunyai dua sebab untuk menolaknya.

Alasan pertama, menurut Kit Siang, Parlimen tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau permainan politik.

Sebaliknya Dewan Rakyat perlulah diberikan ruang untuk membahas dan meluluskan Belanjawan 2023 selepas dibentangkan melainkan terdapatnya undian tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan tidak ada sesiapa yang dapat membentuk kerajaan.

Belanjawan 2023 akan dibentang di Dewan Rakyat tiga minggu lebih awal pada 7 Oktober ini berbanding tarikh asal 28 Oktober.

Spekulasi kuat mengatakan PRU-15 akan diadakan selepas Bajet 2023 dibentang, malah sebelum ini Ismail Sabri berkata tinggal tidak lama lagi pilihan raya akan diadakan.

Ismail Sabri bagaimanapun sehingga kini masih berahsia mengenai tarikh pembubaran Parlimen, malah laporan media hari ini memetiknya berkata masih belum mendapat ilham berhubung tarikh PRU-15.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
8 jam lalu· Politik
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
10 jam lalu· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
10 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
10 jam lalu· Isu semasa
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
10 jam lalu · Politik
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
11 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
14 jam lalu · Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
14 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
4 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok