Kit Siang gesa dalang skandal kapal LCS didakwa, desak Zahid jawab

August 5, 2022 · Politik

Veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera dengan membawa dalang sebenar dalam isu kapal tak siap bernilai RM9.1 bilion ke muka pengadilan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata ia sangat mengecewakan apabila negara sekali lagi terpalit dengan skandal rasuah besar, ia selepas imej Malaysia tercalar teruk di mata dunia ekoran skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Amat menyedihkan untuk melihat bagaimana kerajaan sekali lagi mengecewakan rakyat Malaysia, dengan satu lagi skandal mega, yang mendedahkan kerugian RM6 bilion.

“Kini menjadi tugas SPRM untuk menyiasat setiap aspek perbelanjaan dan memaklumkan kepada rakyat, sama ada wang itu benar-benar diseleweng dan siapa yang akhirnya mendapat manfaat daripadanya.

“Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mungkin memberi sedikit petunjuk kepada SPRM jika SPRM tidak tahu mengenai wang yang hilang itu. Adalah mengejutkan apabila laporan PAC mendedahkan bukan saja RM1 bilion tetapi RM1.4 bilion yang hilang,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Pengerusi PAC, YB Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai dapatan-dapatan PAC yang meneliti pengendalian projek pembinaan enam kapal tempur (LCS) yang telah berlarutan sejak 2011.

Untuk rekod, projek yang dianugerahkan secara terus dalam tahun 2011 telah menelan belanja RM6 bilion setakat 2022 tetapi satu kapal perang pun belum disiapkan.

Mengikut jadual kontrak, sepatutnya lima kapal perang telah disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk beroperasi.

Projek LCS bermula pada pada 16 Disember 2011 selepas Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Lantikan (“Letter of Award”atau LOA) kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam “second generation patrol vessels”(SGPV) “littoral combat ship” (LCS) dengan jumlah kontrak RM9 bilion.

Pada 16 Disember 2011, Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Lantikan (“Letter of Award”atau LOA) kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam

Menteri Pertahanan pada ketika itu yang bertanggungjawab menguruskan projek ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dakwa beliau, Menteri Pertahanan ketika itu, Zahid nampaknya memilih untuk berdiam diri dalam tempoh 24 jam lalu, walaupun namanya disebut dalam laporan PAC atas keputusan beliau memilih reka bentuk GOWIND oleh Kumpulan Tentera Laut Perancis untuk LCS, bertentangan dengan kehendak TLDM sebagai pengguna akhir yang memilih reka bentuk SIGMA dari Belanda.

“Zahid perlu menjelaskan kepada negara, mengapa beliau membuat keputusan sedemikian yang memihak kepada kontraktor.

“Ini adalah isu yang membabitkan keselamatan negara dan TLDM adalah pihak yang pergi berperang menggunakan LCS,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok