‘Khemah besar’ bukti keadaan kucar-kacir dalam blok pembangkang

April 24, 2022 · Politik

Penganalisis politik yakin konsep ‘khemah besar’ antara Pakatan Harapan (PH) dengan beberapa parti lain, termasuk PAS dan Bersatu sukar direalisasikan kerana masing-masing tidak boleh berkompromi.

Selain itu, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PH berhubung rancangan mewujudkan ‘khemah besar’ hanya membuktikan situasi kucar-kacir dialami blok pembangkang.

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata selagi tiada persefahaman dalam konsep khemah besar itu, keadaan kucar-kacir akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Memang situasi ketika ini dilihat kucar-kacir dalam kalangan pembangkang tetapi selagi tiada perjumpaan yang rasmi antara mereka, selagi itu tiada kata putus ditentukan.

“Saya berpandangan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menjurus kepada perpecahan dan bibitnya sudah kelihatan,” katanya seperti dilapor BH hari ini.

Awang Pawi berkata, perbezaan kenyataan dalam kalangan pemimpin pembangkang itu sekadar ‘bahasa politik berbunga’ untuk menunjukkan bahawa cadangan terbabit sukar untuk dilaksanakan.

Katanya, biarpun pemimpin bersetuju dengan cadangan terbabit, belum tentu akar umbi parti boleh menerima konsep berkenaan.

“Sebagai contoh, mana mungkin Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menerima PAS dan sebaliknya, mana mungkin PKR boleh menerima Bersatu selagi ada (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) dan (Datuk) Zuraida (Kamaruddin),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berkata blok pembangkang ketika ini ibarat masih mencari identiti disebabkan kerjasama dalam kalangan mereka yang tidak kukuh.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila mereka meraih kuasa pada 2018 dan hanya mampu bertahan selama 22 bulan sebelum tampuk pemerintahan negara bertukar.

“Jika kita lihat sebelum 2018, struktur politik negara lebih kepada sistem dua parti namun sebaik mendapat kuasa, sistem terbabit sedikit sebanyak kucar-kacir sehingga berlaku ketidakstabilan.

“Ini disebabkan kerjasama itu tidak konklusif dan apabila tidak konklusif, ia terdedah dengan pelbagai pandangan serta kenyataan dikeluarkan pemimpin seperti mana berlaku berhubung cadangan ‘khemah besar’ ini,” katanya.

Rancangan mewujudkan ‘khemah besar’ dalam kalangan blok parti pembangkang kini hangat diperkatakan pemimpin utamanya terutama PH yang bermatlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Biarpun belum diperincikan cadangan itu, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan utama PH berhubung konsep gabungan itu apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata konsep dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson adalah kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan Perikatan Nasional (PN) diterajui Bersatu.

“DAP berpendirian bahawa isu kerjasama antara PH dan PN dalam PRU-15 tidak timbul kerana PN adalah sebahagian daripada blok kerajaan hari ini. Konsep ‘khemah besar’ yang dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson merujuk kepada kerjasama dalam blok pembangkang,” katanya.

Pendirian Anthony itu senada pendapat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
December 11, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Annuar sertai PAS, KJ dijangka bersama PN, kata Takiyuddin
May 1, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok