Khaled persoal pemimpin UMNO dikaitkan dalam PASleak diam diri

April 22, 2022 · Politik

Seorang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin mempersoalkan pemimpin UMNO yang nama mereka dikaitkan dalam pendedahan PASleak masih berdiam diri dan tidak tampil untuk membuat penjelasan berhubung kontroversi itu.

Terdahulu, media mendedahkan dokumen minit mesyuarat yang mengandungi maklumat pakatan sulit parti politik merancang untuk mengenakan kumpulan ‘Kluster Mahkamah’ dalam UMNO.

“Pemimpin-pemimpin UMNO yang PAS temui mesti nyatakan apakah tujuan dan intipati perbincangan perjumpaan mereka.

“Menjadi tanda tanya mereka berdiam diri hingga hari ini,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Sejak beberapa hari lalu, satu dokumen yang didakwa kononnya minit mesyuarat sebuah parti politik didakwa mendedahkan beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Minit mesyuarat itu kononnya menyatakan pertemuan diadakan di rumah Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turut mendakwa Ketua Hakim Negara bersubahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes rasuah dan mensabitkan kesalahan dua pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Media melaporkan antara kandungan dalam dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Zahid dan Najib.

Beberapa nama pemimpin politik besar yang terlibat dalam plot menjatuh serta mengucar-kacirkan UMNO ketika ini yang mana melibatkan juga beberapa pemimpin kanan parti berkenaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
24 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok