Khairy sindir calon Ketua Pemuda UMNO, faham Armand kena jilat kuat untuk menang

February 14, 2023 · Politik

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyindir salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang akan bertanding pada pemilihan pada masa terdekat ini.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda parti itu berkata beliau memahami Armand perlu kuat menjilat bagi memastikan dapat menang dalam pertandingan nanti, ia selepas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu menggesa bekas pemimpin dipecat tidak melemahkan semangat akar umbi parti itu.

“Aku faham bro kena jilat kuat-kuat macam KP (Ketua Pemuda) sekarang untuk menang Ketua Pemuda. Apapun kita kawan. Teruskan bro!” kata Khairy membalas dalam ruang komen di Instagram akaun milik Armand.

Armand baru-baru ini mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan mengkritik bekas pemimpin dipecat supaya tidak meneruskan serangan terhadap parti tersebut.

Untuk rekod, Khairy baru-baru ini dipecat parti bersama-sama dengan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan SrI Noh Omar susulan kelantangannya dalam mengkritik Presiden parti dan didakwa melanggar disiplin parti.

Keputusan pemecatan itu dibuat pada MT UMNO yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan pula digantung keahliannya selama enam tahun.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya turut mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga digantung enam tahun, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya diberi surat tunjuk sebab.

Selepas pemecatan tersebut, beberapa parti membuat tawarn terbuka kepada Khairy untuk menyertai parti mereka, tetapi sehingga hari ini masih berteka-teki berhubung pilihan parti yang akan disertainya.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
23 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
23 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok