Khairy kalah di Sungai Buloh, Tok Mat menang di Rembau

November 20, 2022 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) yang ‘dibuang’ UMNO ke kerusi bahaya di Parlimen Sungai Buloh, akhirnya tewas juga, manakala Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, menang di Parlimen Rembau.

Pada PRU-15 semalam (19 November 2022) Khairy kalah kepada calon PH apabila memperoleh 48,250 undi. Datuk R Ramanan menang kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin memperoleh 29,060 undi; Mohd Akmal Yusoff (GTA – 829 undi); Ahmad Jufliz Faiza (PRM – 279 undi); dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff (165 undi), serta Nurhaslinda Basri (113 undi).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634.

Sebelum ini, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal terpaksa menyerahkan kerusi itu setelah diminta berbuat demikian oleh Mohamad atau ‘Tok Mat’ dan tidak disediakan kawasan untuk ditandinginya dalam PRU-15 ini.

Namun, Khairy yang merupakan Menteri Kesihatan kerajaan sementara, mengambil inisiatif sendiri bertemu pemimpin MIC – komponen BN – meminta untuk bertanding di Sungai Buloh, iaitu kerusi tradisi MIC.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
December 2, 2022· Politik
MB Negeri Sembilan sokong Tok Mat jadi TPM
November 25, 2022· Politik
Siri mesyuarat UMNO hari ini, langkah pecat Zahid sudah berjalan
November 20, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu · Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok