Khairy desak Presiden UMNO letak jawatan, tapi Zahid ‘ada telur’ kah?

November 21, 2022 · Politik

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin menempelak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, susulan kekalahan paling teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu lalu (19 November 2022).

Susulan itu, Khairy yang kalah dalam saingan merebut kerusi Parlimen Sungai Buloh kepada calon Pakatan Harapan apabila memperoleh 48,250 undi, berbanding Datuk R Ramanan 50,943 undi, mendesak Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN, meletak jawatan.

Jumlah undi diperoleh Khairy lebih tinggi berbanding calon BN daripada MIC yang bertanding pada PRU-14 sebanyak 16,681 undi.

Ketika gesaan supaya Zahid meletak jawatan memuncak, teringat semula kata-kata anaknya Nurulhidayah, setelah meletak jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, kerana menyahut seruan Perhimpunan Agung UMNO supaya semua menteri UMNO dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, meletak jawatan.

Antara yang disebut Nurulhidayah dalam Instagramnya dan dilaporkan oleh banyak media ialah “Soalan saya siapa tidak ada ‘telur’ sekarang.”

Kiasan ‘ada telur’ dalam Bahasa Melayu membawa erti kejantanan seseorang dalam menegakkan sesuatu perkara. Nurulhidayah seakan mahu menampakkan dirinya berani apabila mengumumkan peletakan jawatan itu.

Kini, persoalan ‘ada telur’ dikembalikan kepada Zahid sendiri, setelah kapal UMNO semakin senget dan bakal tenggelam, akibat rempuhan kapal perang Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Mengibaratkan Zahid sebagai panglima besar perang, Khairy berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu bertanggungjawab di atas kekalahan BN pada PRU-15.

“Apabila kalah dalam peperangan, panglima besar mesti ada maruah untuk mengambil tanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di medan tersungkur,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau berpendapat Zahid perlu berundur dengan segera supaya reformasi dalaman UMNO dapat disegerakan.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” katanya.

Sebelum ini, UMNO tidak menyediakan mana-mana kerusi untuk Khairy bertanding, setelah beliau ‘dipaksa’ menyerahkan kerusi dimenanginya selama tiga penggal di Parlimen Rembau, kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menang selesa.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga adalah pemimpin muda yang lantang bersuara terhadap Zahid sejak kebelakangan ini, dan mengisytiharkan secara terbuka bahawa beliau mahu menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

‘Perangnya’ terhadap Zahid berputik apabila diarah tidak bertanding di Parlimen Rembau, sebelum memuncak apabila tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandinginya dalam PRU-15.

Ketika pemilihan UMNO 2018, Khairy bertanding jawatan presiden tetapi kalah. Dalam pertandingan itu Zahid memperoleh 99 undi, manakala Khairy (61 undi) dan Tengku Razaleigh Hamzah (30 undi).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Selepas dilantik TPM, Zahid puji Anwar pula lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok