Nak jadi PM, KJ dalam parti yang salah kata Muhyiddin

November 9, 2022 · Politik

Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar disifatkan sebagai seorang tokoh yang bagus namun beliau berada dalam parti yang salah jika bercita-cita untuk menjadi perdana menteri.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Khairy merupakan salah seorang menteri yang dipercayainya ketika berada dalam Kabinetnya sebelum ini.

“Saya fikir mungkin bukan satu omong kosong. Dia seorang tokoh yang bagus.

“Dia dalam kabinet saya, dia antara yang saya percayai dan mampu menguruskan soal Covid-19 dan sebagainya dengan baik,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Sembang Santai bersama Masyarakat Kampung Panjang Sari, Kampung Sri Menanti dan Kampung Sri Makmur, Pagoh.

Semalam Khairy meluahkan hasratnya itu di pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi perdana menteri, suatu hari nanti.

Muhyiddin yang juga calon Parlimen Pagoh berkata, Khairy mempunyai masa depan yang baik dan mana-mana pemimpin termasuk penyandang Parlimen Rembau itu tidak salah untuk bercita-cita menjadi perdana menteri.

“Bila masanya untuk jadi perdana menteri, mungkin Khairy perlu ambil alih UMNO dan jadi Presiden UMNO dan kena dapat kerusi banyak bentuk kerajaan.

“Waktu sekarang boleh cakap jelah,” katanya.

Mengulas soal pengisytiharan harta yang dibuat parti lawan, Muhyiddin berkata beliau sudah mengisytiharkan hartanya sebelum ini dan disiarkan di laman web serta disemak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
1 jam lalu· Isu semasa
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022 · Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
20 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok