Khairy dakwa wujud komplot lulus usul dua jawatan tak dipertandingkan

January 14, 2023 · Politik

Terdapat komplot dalam kalangan perwakilan UMNO yang merancang untuk meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Pendedahan berhubung komplot yang dikatakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ itu didedahkan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan mendakwa terdapat perwakilan import yang dibawa untuk menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti nanti.

“Malah, beberapa ‘tag’ (tanda) di kerusi di Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan ditanggal supaya perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak (sokongan) dan ‘bulldoze’ usul supaya ia (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu video di TikTok, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy menyifatkan usul tambahan itu sebagai pelik apabila disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Rembau, memandangkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah Ketua Bahagian UMNO Rembau.

“Kalau nak bawa usul penambahan pun, lindunglah sikit. What happen to you (Apa dah jadi pada kamu) Mat Hasan (Mohamad)?” soalnya.

Sehubungan itu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, merayu kepada semua perwakilan UMNO dalam Dewan Merdeka supaya tidak meluluskan usul tambahan berkenaan, sebaliknya memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Beliau turut memberi jaminan pertandingan dua jawatan itu tidak akan menyebabkan UMNO berpecah-belah, sebaliknya akan menyokong mana-mana individu yang mendapat mandat menerajui UMNO.

“Saya janji bahawa pemilihan tidak akan membawa kepada perpecahan. Siapa yang menang dapat mandat daripada parti. Siapa yang menang, kita sokong dan kita ketepikan segala perbezaan selepas selesai pemilihan nanti.

“Kita dah tinggal 26 kerusi Parlimen UMNO. Ini prestasi yang terburuk dalam sejarah parti kita.

“Jadi sangat penting perwakilan dalam UMNO jangan melakukan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk bunuh demokrasi, menidakkan suara perwakilan di akar umbi menentukan masa depan UMNO dan memilih siapa yang boleh dan layak menerajui parti kita dan membangkitkan semula parti keramat UMNO,” katanya lagi.

Semalam, Dewan Merdeka dilapor gamat selepas perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Cadangan usul tambahan dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin, ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden dan mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan.

Berita berkaitan
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok