Khairy cabar Zahid adakan pemilihan UMNO awal

March 30, 2021 · Politik

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar supaya mengadakan pemilihan parti dengan segera dan tidak menangguhkannya pada tahun hadapan.

Cabaran itu dilontar bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu pemilihan itu dijalankan sebelum pilihan raya umum diadakan bagi memastikan kestabilan parti induk orang Melayu itu kukuh tanpa kemelut dalaman.

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas PRU.

“Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini,” katanya dalam akaun Instagram hari ini.

Gesaan itu satu tamparan kepada Zahid yang cuba menggesa Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan daripada Kabinet Perikatan Nasional semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) hujung minggu lalu, sebaliknya mereka setia kekal untuk meneruskan tanggungjawab mereka bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

UMNO dibawah pimpinan Zahid ketika ini dilihat berpecah apabila wujud kumpulan yang tidak senada dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dan mereka juga secara terbuka menyerangnya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu pemilihan UMNO hanya akan dilaksanakan sekiranya tiada pilihan raya umum tahun ini.

“Kalau PRU (Pilihan Raya Umum) tidak ada dalam tahun ini, kita akan adakan pemilihan. Kita sedang meneliti apa akan jadi selepas tempoh darurat tamat.

“Pada bulan Ogos, kita sudah merancang untuk mengadakan pemilihan di peringkat cawangan. Selepas dua bulan, kita juga akan buat pemilihan di peringkat bahagian dan pusat, serentak di seluruh negara,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
4 jam lalu· Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022· Politik
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022· Isu semasa
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan belum selesai: RoS
13 minit lalu · Politik
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
36 minit lalu · Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
4 jam lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok