Khairy boleh pilih kerusi ‘maut’ Port Dickson, Kuala Pilah atau Tampin

October 19, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) disebut-sebut bakal meletakkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau Khairy Jamaluddin, sebagai calon kerusi Parlimen Port Dickson, Kuala Pilah atau Tampin, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Khairy dilihat sebagai calon yang sesuai untuk merampas kembali tiga kerusi itu, yang kesemuanya sudah beberapa tahun tidak dimenangi UMNO.

Untuk rekod, pada PRU-14 lalu, kerusi Parlimen Kuala Pilah dimenangi Eddin Syazlee Shith daripada PKR mengalahkan Hasan Malek daripada BN dan Haji Rafie (PAS), manakala di Tampin pula, Dr Hasan Baharom daripada PKR mengalahkan Shaziman Abu Mansor (BN) dan Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar (PAS).

Di Port Dickson, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada Oktober 2018. Beliau mengalahkan calon PAS dan lima calon Bebas, sementara UMNO tidak bertanding.

Ketua UMNO Bahagian Port Dickson Datuk Mohd Faizal Ramli dilaporkan berkata tiada bantahan terhadap pencalonan Khairy untuk kawasan itu sekiranya pucuk pimpinan BN memutuskan meletakkannya di situ.

“Ia bergantung kepada kepimpinan Barisan untuk meletakkan Khairy di kerusi itu (Port Dickson) kerana yang penting kita menang,” kata Mohd Faizal menurut laporan BH.

“Matlamat kami adalah untuk merampas kembali Port Dickson yang telah lama dipegang oleh Pembangkang. Kami terbuka, tetapi perlu diingat bahawa Khairy adalah aset kepada parti dan kerusi ini tidak selamat.”

Mohd Faizal berkata walaupun bukan mudah untuk memenangi kerusi Port Dickson yang kini disandang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berharap UMNO diberi peluang bertanding di kerusi itu.

Akhbar itu juga melaporkan terdapat spekulasi yang memuncak dalam kalangan ahli UMNO Negeri Sembilan untuk Khairy bertanding di Kuala Pilah kerana ia dilihat sebagai kerusi paling sesuai untuknya.

BH memetik sumber UMNO, Khairy dikatakan mungkin akan diturunkan di Kuala Pilah kerana ia adalah sebahagian daripada strategi parti itu untuk merampas kerusi itu daripada Bersatu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir juga berkata Khairy akan diturunkan di Tampin, yang dimenangkan oleh Datuk Dr Hasan Bahrom dari Parti Amanah Negara.

“Parti tidak akan meminggirkan beliau (Khairy). Di Negeri Sembilan, kerusi Parlimen yang UMNO kalah mesti dirampas semula,” kata Mohd Zaidy.

Pada 16 Oktober lalu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu bahawa parti itu akan mencari kerusi yang sesuai untuk Khairy bertanding pada PRU-15.

Pada majlis sama, Khairy juga berkata beliau telah memberikan kerusi Parlimen Rembau kepada Mohamad untuk bertanding.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok