Khairy belum tahu bertanding mana lagi, gesa parti buat keputusan

October 11, 2022 · Politik

Status kerusi mana yang akan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bakal bertanding masih belum diketahui setakat ini, malah UMNO juga belum membuat sebarang keputusan ketika ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata setakat ini tidak tahu kerusi mana yang akan beliau masuk bertanding selepas diarahkan mengosongkan kerusi disandangnya di Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding.

“Biar parti putuskan, saya percaya tidak lama lagi.

“Saya dah cakap banyak kali bahawa saya akan akur dengan keputusan parti sama ada saya akan bertanding atau tidak… kalau saya bertanding, bertanding di mana,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, UMNO Bahagian Alor Setar antara yang membuar tawaran kepada Menteri Kesihatan itu untuk diberikan kerusi bagi bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Bagaimanapun, setakat ini UMNO belum memberi isyarat atau bayangan kerusi mana yang bakal diberikan kepada Khairy itu.

Ditanya mengenai kerjasama antara PAS dan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Khairy berkata soal dasar juga lebih elok diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Jangan terlalu ramai yang komen pasal benda ini sebab kita dah dekat sangat nak pilihan raya.

“Kalau banyak sangat yang komen, jadi celaru. Kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk tentukan dasar, itu yang terbaik,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok