Khairy baik atau tidak, undinya sama seperti pilih Zahid, UMNO

November 5, 2022 · Politik

Veteran politik R Sivarasa mengingatkan bahawa setiap undi yang diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) adalah sama dengan memberikannya kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen P.107 Sungai Buloh, Selangor, tetapi tidak diturunkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini, menasihatkan pemilih tidak mengundi calon BN yang bertanding di situ, Khairy Jamaluddin.

Dengan kempen PRU-15 bermula hari ini (Sabtu, 5 November 2022) setelah penamaan calon selesai pagi tadi, Sivarasa mendakwa undi kepada Khairy daripada UMNO sebenarnya adalah undi untuk parti itu dan Zahid, yang masih berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk rasiah di mahkamah.

“Ia tidak relevan sama ada dia (Khairy) lelaki baik atau jahat. Ia berkaitan siapa yang dia wakili. Apabila anda mengundi Khairy, anda sebenarnya mengundi Zahid,” Sivarasa dipetik sebagai berkata oleh portal FMT.

Tetapi beliau juga memberitahu portal berita bahawa beliau yakin Pakatan Harapan (PH) akan menang selesa di kawasan Parlimen itu.

“Kami telah membina asas sokongan yang besar sepanjang tiga pilihan raya umum lalu dan menang dengan majoriti selesa (pada 2018). Jadi sokongan itu ada,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sivarasa memegang kerusi Parlimen itu selama tiga penggal – dua kali apabila ia dinamakan Subang pada 2008 dan 2013, dan sekali lagi pada pilihan raya 2018 dengan majoriti 26,634 sebelum ditukar nama kepada Sungai Buloh.

Khairy akan bertanding di Selangor buat pertama kali selepas tiga penggal di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengan jumlah pemilih berdaftar seramai 158,090 orang, kerusi Parlimen Sungai Buloh dianggap antara kawasan yang dinanti-nantikan.

Sekurang-kurangnya 67,383 daripada mereka akan menjadi pengundi kali pertama selepas umur mengundi diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan pada September.

Dalam PRU-15 ini, tujuh calon bertanding iaitu Khairy (BN); Ahmad Jufliz Faiza (PRM); Mohd Akmal Mohd Yusoff (Pejuang); Nurhaslida Basri (Bebas); Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff (Bebas); Datuk R Ramanan (PH); dan Mohd Ghazali Md Hamin (PN).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
January 4, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok