Khairuddin umum lepas jawatan dalam Majlis Syura Ulama PAS

Jawatannya Setiausaha dan Ahli Majlis Syura Ulama PAS dilepaskan Ahli Parlimen (MP) Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkuatkuasa serta-merta.

Khairuddin berkata mengumumkan peletakan jawatannya tersebut semasa mesyuarat yang dibuat semalam diadakan secara hibrid dan dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan parti di bawah Fasal 8(7).

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(7).

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan Pas Fasal 8(5),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang diadakan semalam atas kapasiti sebagai ahli dan setiausaha.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan perhargaan kepada Pas yang memberi peluang berkhidmat sebagai AAhli Majlis Syura Ulama sejak 2013 seterusnya dilantik sebagai Setiausaha sejak 15 Disember 2020.

“Rakaman jutaan terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dan semua ahli yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan Pas untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” jelasnya.

Khairuddin berkata, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen PAS dan tugasan lain dalam parti.

BERITA BERKAIT
POPULAR