Khairuddin hadir program bersama UMNO, tapi nafi bakal sertai UMNO

July 11, 2022 · Politik

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali masih mengambil sikap ‘kunci mulut’ berhubung percaturan politik beliau termasuk perancangannya dalam pilihan raya umum akan datang.

Meskipun dilihat ‘mesra UMNO’ selepas mengumumkan keluar daripada PAS pada Mac lepas, beliau masih berteka-teki mengenai haluan perjuangan politiknya, lapor Bernama.

“Masuk UMNO atau tidak, itu jatuh nombor dua… yang penting sekarang, fokus saya untuk rakyat di Kuala Nerus.

“Saya sentiasa membantu sesiapa sahaja yang meminta pertolongan, macam hari ini saya berterima kasih kepada UMNO Terengganu dan Bahagian Kuala Nerus kerana mahu menghulur tangan bersama-sama dalam melaksanakan program untuk rakyat,” katanya selepas Program Korban Perdana #Keluarga Malaysia Kuala Nerus.

Program tersebut turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad pula berkata program itu adalah manifestasi konsep penyatuan ummah demi kebaikan rakyat yang melangkau ideologi politik.

“UMNO Terengganu berharap lebih banyak program kerjasama sebegini akan dibuat di kawasan lain selepas ini. Kita nak berpolitik masa pilihan raya tak apalah, lepas tu kena utamakan rakyat,” katanya.

Khairuddin menyumbangkan 12 ekor lembu manakala UMNO Bahagian Kuala Nerus menyumbangkan 10 ekor dalam program ibadah korban perdana itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
5 jam lalu· Politik
Masih mahu kekalkan Zahid sebagai Presiden, UMNO akan berdepan penolakan total
5 jam lalu· Politik
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
15 jam lalu· Politik
Asyraf disaran puji balik DAP serta padam status FB maki PH
15 jam lalu· Politik
Popular
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022
Anwar tangguh umum barisan Kabinet, isu lantikan Zahid buat kepala pening?
December 1, 2022
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022
Laporan tangguh Kabinet buat Anwar rimas, janji selesai sehari dua lagi
December 2, 2022
Lagi Politik terkini
Perikatan ada kelebihan selepas BN, PH ketepikan prinsip masing-masing
16 minit lalu · Politik
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
14 jam lalu · Politik
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
17 jam lalu · Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
20 jam lalu · Politik
Tangguh umum Kabinet, warganet sindir Anwar ‘kahwin besar banyak cabarannya’
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok