Ketua Wanita PKR teruja dapat berhimpun di markas UMNO

May 14, 2023 · Politik

Jika sebelum ini menjadi seteru politik, kini PKR dan UMNO sudah menjadi sahabat dan boleh duduk bersama.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek teruja apabila dapat berhimpun di markas UMNO, Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang menghimpunan semua jentera parti kerajaan campuran hari ini.

“Rakan-rakan seperjuangan, tidak tergambar ini dewan bermastautin UMNO/BN ini bermukimnya kekuatannya Wanita Perpaduan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang hadir pada hari ini.

“Ayuh pulang dengan penuh iltizam untuk menang di enam negeri pada PRN,” katanya semasa Konvensyen Wanita Perpaduan di WTC.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya menerusi Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak.

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan turut menyentuh mengenai sekolah daif yang sering menjadi isu.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pelajar tanpa mengira bangsa dan agama dapat menikmati pendidikan dengan lebih selesa.

Ujar Fadhlina, perkara tersebut selaras dengan enam Rukun Madani yang diterapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Agenda ini harus dipastikan sampai ke seluruh rakyat jelata, ia merupakan komitmen kita sebagai Kerajaan Perpaduan,” jelas beliau.

Berita berkaitan
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu· Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
3 jam lalu· Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu· Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
10 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
11 jam lalu · Politik
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
11 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok