Ketua Puteri UMNO PJ letak jawatan, protes kerjasama dengan DAP?

May 10, 2023 · Politik

Bibit-bibit penolakan akar umbi UMNO dalam kerjasama dengan parti kerajaan campuran sudah kelihatan, terbaharu pergolakan tercetus di UMNO Bahagian Petaling Jaya.

Sebuah portal melaporkan tindakan peletakan jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling, Noor Hasliza Abu Taib berkuatkuasa 3 Mei lalu.

“Hari ini (8 Mei 2023) kami telah mengadakan perbincangan dan membuat keputusan bersama ahli-ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya.

“Kami yang menang bertanding bagi penggal 2023-2026 bersama pegawai lantikan dan jawatankuasa dilantik meletakkan jawatan berkuatkuasa 8 Mei 2023,” katanya salah seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya menerusi satu rakaman video semalam.

Terdahulu Setiausaha UMNO Bahagian Petaling Jaya, Mohamed Sam A. Wahid menerusi sepucuk surat mengesahkan menerima sepucuk surat yang dihantar Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melalui setiausahanya bertarikh 5 Mei 2023.

Surat itu antara lain menyatakan bahawa Puteri UMNO Malaysia telah menerima surat perletakan jawatan Noor Hasliza sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya berkuatkuasa pada 3 Mei 2023.

Susulan itu, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya, Nurulfarahshah Jamil dilantik sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya berkuatkuasa serta-merta.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
31 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
43 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
1 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
2 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok