Ketua Pemuda UMNO Seremban dakwa laporan aksi lucah salah

June 5, 2021 · Politik

Pemuda UMNO Seremban menyifatkan laporan Agenda Daily berkaitan seorang pemimpin parti di bahagian itu yang melakukan aksi lucah sebagai ‘salah lapor’ hingga menjejaskan kepemimpinannya.

Dalam sepucuk surat bertarikh kelmarin (3 Jun 2021), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin mendakwa laporan asal dalam Utusan Malaysia telah diubah tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

“Hasil daripada laporan berita yang diubah tersebut telah mendatangkan imej yang buruk terhadap Ketua Pergerakan Pemuda serta Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban keseluruhannya,” kata Zool Amali.

Sambil memberi tempoh tujuh hari supaya Agenda Daily memohon maaf secara terbuka, beliau juga mendesak laporan ‘Pemimpin UMNO Bahagian Seremban ‘hilang’ selepas tular video aksi lucah‘ dipadamkan daripada laman portal agendadaily.com.

Zool Amali berkata pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang berkaitan perkara itu.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Zool Amali sebagai mengesahkan individu terbabit kini gagal dikesan, malah, akaun Facebooknya juga telah dipadam.

“Individu tersebut juga telah keluar daripada semua kumpulan WhatsApp pada malam hari video itu tersebar.

“Pemuda UMNO Seremban menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan pucuk pimpinan parti untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Agenda Daily berpendapat – selepas menyaksikan klip video yang diterima – kenyataan Zool Amali itu adalah merujuk kepada pemimpin kanan UMNO bahagian berkenaan yang merakam sendiri perlakuan lucah menunjukkan kemaluannya.

Sebaliknya, Pemuda UMNO Seremban dipercayai cuba menyembunyikan keaiban pemimpin mereka dengan berdalih isu salah lapor.

Agenda Daily hanya menulis fakta berdasarkan kenyataan keluar daripada kumpulan WhatsApp dan usaha menghubungi pelaku bagi memberi penjelasan, gagal.

Terdahulu tular klip video pemimpin kanan UMNO bahagian Seremban yang merakam perlakuan lucah menunjukkan kemaluannya sehingga didakwa mencemarkan imej parti itu dan menjadi sindiran oleh parti lawan.

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Seremban meminta Lembaga Disiplin UMNO dan Majlis Tertinggi parti itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin terbabit.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok