Ketua Pemuda UMNO sedia halang program Ziarah Gereja dianjur NGO bawah KBS

March 14, 2023 · Politik

Program Ziarah Gereja yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung bawa Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) wajar disekat, kata Dr Muhamad Akmal Salleh.

Ketua Pemuda UMNO yang baharu itu berkata ia menjadi satu kesalahan sekiranya orang bukan Islam menyebarkan kepercayaan mereka kepada orang Islam, ia susulan kontroversi program yang dianjurkan oleh Impact Malaysia baru-baru ini.

Jelas Akmal, selaras dengan Artikel 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, ia membenarkan negeri-negeri mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Seksyen-seksyen kesalahan jenayah dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor adalah terjemahan prinsip di atas dalam Negeri Selangor.

“Dalam erti kata lain adalah menjadi kesalahan jika orang bukan Islam menyebarkan fahaman kepercayaan orang bukan Islam kepada orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Beliau juga mendesak agensi berkaitan agama Islam dalam Negeri Selangor untuk segera mengambil tindakan sewajarnya dengan kuasa yang diberikan dalam undang-undang untuk menghalang program ini diteruskan jika pihak penganjur berdegil dalam perkara ini.

“Jika desakan ini tidak diendahkan, maka kami bukan sahaja tidak teragak-agak untuk turun dan menghalang sendiri program ini dijalankan malah kami akan mengambil tindakan menyaman pihak penganjur dan pihak agensi berkaitan Kerajaan kerana cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” ujarnya lagi.

Beliau mengulangi desakannya dengan memohon tindakan segera diambil.

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.

Program NGO yang bernaung di bawah agensi pembangunan di bawah kawal selia KBS itu menjemput belia khususnya bukan Kristian untuk terlibat bersama dengan matlamat untuk memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok