Ketua Pemuda PAS macam budak suruhan Bersatu: Pemuda UMNO

December 9, 2021 · Politik

Pergerakan Pemuda UMNO membidas Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dilihat cuba mengajar parti itu mengenai erti setia kawan dalam Muafakat Nasional (MN).

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri turut mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu supaya menerima hakikat sebenarnya, bukan berhikayat tanpa tujuan dan dilihat seperti budak suruhan Bersatu.

“Justeru, selaku Ketua Pemuda PAS, Pemuda UMNO berharap agar YB Fadhil Shaari menghormati pendirian UMNO yang merupakan sebahagian daripada gagasan Muafakat Nasional yang disepakati.

“Tidak perlulah PAS cuba cuba mengajar, sebaiknya Ketua Dewan Pemuda PAS tidak perlulah banyak berhikayat, kononnya bertindak sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN) namun akhirnya ternampak seperti budak suruhan PPBM,” katanya.

Syed Mohd Johan turut mengingatkan Ahmad Fadhli bahawa penolakan kerjasama UMNO terhadap Bersatu dibuat oleh hampir dua pertiga bahagian parti itu dan diabsahkan melalu Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum dmuktamadkan Majlis Tertinggi.

“Kita tidak pasti apa kaedah sebenar yang dijalankan dan digunapakai oleh PAS dalam meletakan dasar dan halatuju partinya namun inilah tatacara dan proses berhemah yang dijalankan di dalam UMNO dan sepatutnya PAS lebih arif bahawa UMNO terikat dengan pendirian ini.

“Saudara juga mungkin terlupa bahawa Muafakat Nasional bukan hanya kolisi dan kerjasama politik semata, demi kepentingan bersama ianya dipersetujui untuk tidak didaftarkan dan tidak mengikat.

“Maka atas kepentingan itu jugalah kita BN dan PAS yang membentuk MN berjiwa besar, demi Ummah dan demi negara bersetuju membentuk kerajaan sementara bersama PPBM sebagai terajunya walaupun mereka hanya tinggal bersisa,” katanya lagi.

Syed Mohd Johan berkata PAS juga tidak sepatutnya menjadikan MN sebagai mangsa semata-mata untuk menyelamatkan Bersatu dan menyalahkan UMNO.

“Pemuda UMNO juga ingin bertanya pada Ketua Dewan Pemuda PAS, apa pula alasan dan dalil PAS berkenaan tindakan PAS meletakan calon di PRN Sarawak membelakangi keputusan PN? Apakah kemahuan PAS sebenar-benarnya?,” soal beliau.

Sehubungan itu beliau sekali lagi berpesan kepada Ahmad Fadhli supaya tidak berhikayat tanpa tujuan, selain belajar untuk menghormati UMNO.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
22 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
22 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
22 jam lalu· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
22 jam lalu · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok