Ketua Pembangkang: PH Selangor tak iktiraf UMNO sebagai rakan?

March 15, 2023 · Politik

PAS Selangor mempersoalkan kenapa Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) masih diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Air Tawar, Datuk Rizam Ismail.

Sedangkan UMNO, salah satu komponen Barisan Nasional (BN), telah bersekutu dengan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat pusat, sementara PKR, parti dalam PH, mengetuai pentadbiran Selangor.

“Kenapa wakil UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor? UMNO Selangor tak iktiraf kerajaan PH atau PH Selangor tak iktiraf UMNO. Campuran apa ni?, soal Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Pada masa sama beliau juga menyindir Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim kerana berdolak-dalik berhubung pelantikan Ketua Pembangkang yang sepatutnya diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, BN/UMNO kehilangan Selangor ke tangan pakatan parti-parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 menerusi Pakatan Rakyat, sehinggalah gabungan itu berpecah dengan UMNO dan PAS menjadi pembangkang.

Selepas PRU-15 lalu, BN/UMNO bergabung dengan PH membentuk Kerajaan Pusat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN dan PH juga bersama-sama membentuk kerajaan negeri Perak dan Pahang, manakala PH menjadi penyokong di Johor dan Melaka.

Mengulas lanjut, Roslan berkata cadangan ADUN PN Bukit Antarabangsa Datuk Seri Azmin Ali di sidang DUN semalam, supaya ADUN PN Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik Ketua Pembangkang, adalah munasabah.

Ini kerana, Rizam sudah tidak lagi efektif dalam menjalankan tugas kerana kerajaan campuran PH-BN telah dibentuk pada peringkat Persekutuan.

“Jelas permohonan Azmin cukup munasabah memandangkan UMNO kini sudah menjalin kerjasama politik dengan PH, ADUN UMNO di Selangor bukan lagi pembangkang sepatutnya, mereka sudah menjadi ADUN kerajaan.

“Malangnya Speaker Dewan yang juga ADUN DAP dari Sekinchan, Ng Suee Lim menolak cadangan berkenaan atas alasan tidak menerima sebarang permohonan bertulis dari Rizam sendiri.

“Berpusing-pusing nampaknya Speaker DAP ini. Benda yang telah rasmi dan diketahui umum, bahawa PH dan BN kini rakan kerjasama politik, sudah cukup menjadi alasan menggantikan Ketua Pembangkang.

“Apa perlu tunggu surat lagi?,” katanya yang memetik kenyataan Suee Lim pada 29 November 2022, 10 hari selepas PRU-15 bahawa status Ketua Pembangkang Selangor akan diteliti selepas kabinet Persekutuan dibentuk.

Roslan berkata Suee Lim tidak mempunyai alasan menggantikan Ketua Pembangkang di DUN Selangor, atau mungkinkah Rizam lebih selesa dan mahu kekal serta enggan menyokong kerajaan negeri PH.

“UMNO Selangor mungkin tidak dapat menerima PKR dan DAP sebagaimana Presiden mereka boleh terima di pusat.

“Kalau hal sekecil ini pun tidak boleh urus dan masih berdolak-dalik, wajarlah kerajaan PH Selangor ditunjuk jalan keluar dalam Pilihan Raya Negeri tidak berapa lama lagi,” katanya.

Berita berkaitan
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Zahid dapat pasport semula secara kekal, tidak dibantah pendakwa
March 27, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
6 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
3 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
48 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok