Ketua Menteri Sarawak tumpu tangani Covid-19, PRN bukan keutamaan

May 12, 2021 · Politik

Isu menangani penularan Covid-19 menjadi keutamaan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ini dan tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri Sarawak akan ditangguhkan.

Abang Johari berkata keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat masa ini lebih tertumpu dalam usaha untuk mengekang penularan virus pembunuh itu memandangkan ia sudah banyak mengorbankan nyawa di Sarawak dan “harga setiap nyawa tidak dapat dinilai.”

“Kerajaan GPS memberi keutamaan kepada usaha untuk memerangi COVID-19. Perkara-perkara lain seperti pilihan raya negeri dikemudiankan sehingga keadaan mengizinkan,” kata beliau lapor Bernama sempena perutusan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok.

Menurutnya peningkatan kes penyakit itu sejak kebelakangan ini membimbangkan dengan Sarawak menjadi antara negeri teratas dari segi jumlah kes harian mengatasi negeri-negeri lain untuk beberapa minggu.

“Keadaan yang agak terkawal sebelum ini dengan jumlah kes berada pada tahap dua angka bertukar menjadi keadaan yang mendatangkan keresahan kepada kita. SDMC (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak) telah menerima kritikan awam,” katanya.

Namun Abang Johari yakin kritikan itu tidak akan mematahkan semangat ahli jawatankuasa berkenaan untuk terus melakukan yang terbaik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mengambil kira data dan faktor yang berkaitan.

Menurutnya JPBN telah mengambil langkah untuk meneruskan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di tempat-tempat berlakunya kes-kes jangkitan, sejajar dengan dasar “Jejak, Uji, Kuarantin, Sisih” yang didapati lebih praktikal.

Kerajaan Sarawak juga, kata beliau, terus berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin mencukupi, termasuk melalui perundingan dan pemerolehan sendiri daripada pembekal dalam usahanya untuk menyelesaikan program imunisasi di negeri ini menjelang Ogos depan.

“Di samping itu, kerajaan negeri juga perlu mendapat kebenaran kerajaan persekutuan untuk mewartakan hospital-hospital swasta sebagai pusat pemberian vaksin untuk mempercepatkan proses imunisasi khususnya di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata sambutan tahun ini akan menjadi kali kedua Aidilfitri dirayakan dalam keadaan yang terhad dari banyak segi, namun beliau percaya kekangan yang terpaksa ditempuhi tidak akan melemahkan iltizam umat Islam di negeri ini.

“Kita faham, hasrat dan rasa hati untuk meraikan kemenangan (selepas sebulan menunaikan ibadah puasa) ini bersama ahli keluarga dan sahabat handai, namun dalam keadaan penularan wabak ini, ajaran agama mengajak kita agar memberi keutamaan kepada keselamatan nyawa dan kesihatan tubuh badan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok